morning earthlings! today, Amni nk share skit tips tentang
Khasiat Bangun Pagi..
Khasiat Bangun Pagi..
Amni nak tnya skit,
Pukul brapakah korang selalu bangun pagi?
Kalau hari bekerja atau sekolah, maybe korang mampu nk bangun lebih awal kan?
Namun, kalau hari cuti umum, korang mampu ke nak bangun awal seperti hari-hari yg lain? hehehhe..
contohnye, mcm skrg ni, cuti Deepavali... korang bangun awal tak? hehehhe, Amni pun bgn pukul 6. Tu pun umi Amni dah marah-marah dah.. sbb lewat..
korang tau tak, amat rugi kalau kita menghabiskan wktu yg sgt bermanfaat tu untuk tidur.
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud,
"Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi"-Riwayat Tirmizi
now, Amni nk share skit beberapa manfaat yg kita perolehi dgn bangun di awal pagi..
1. Fikiran Menjadi Lebih Segar
-Bgn seawal 6 pagi sblm matahari terbit dpt membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan stres dlm fikiran kita. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dlm badan kita utk menyediakan badan kita bekerja dgn berkualiti.
2. Dapat Mengambil Sarapan
-Bgn di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dgn selesa sblm ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yg sgt penting kerana ia membekalkan tenaga kpd otak dan juga sluruh badan kita utk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukkan pengambilan sarapan pd awal pagi tak akan menyumbangkan kpd kegemukan kerana mknn yg d'makan akan cepat d'hadam dan digunakan oleh badan kita yg mengalami kadar metabolisme yg tinggi pd waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
3. Dapat Melakukan Aktiviti Senaman Pagi
-Senaman pd waktu pagi merupakan satu aktiviti yg sgt baik kpd badan kita. Bahkan senaman pd waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yg sgt bersih dan nyaman. Pastinya kita tak akan temui udara sebersih itu pd waktu lain kerana ia akan d'cemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dpt menikmati pancaran cahaya matahari pd waktu pagi yg sgt bermanfaat utk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D semi kebaikan tulang dlm badan kita.
4. Tidak Tergesa-gesa Dan Terburu-buru
-Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dlm mempersiapkan segala sesuatu dlm satu masa. Kerja yg dilakukan dgn tergesa-gesa akan membuahkan hasil yg tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal byk barang yg penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kpd sesuatu yg kita lakukan pd waktu itu. Jadi, bangun awal pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita merancang aktiviti kita dgn sempurna dan terancang..
Itu sahaja tips yg Amni nk kongsikan dgn korang.. Happy Reading!
Be First to Post Comment !
Post a Comment