Dalam sesetengah masyarakat, tidur pada waktu siang dianggap sebagai satu perlakuan orang yg malas dan tabiat yg tidak baik. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, masa dinilai dgn duit. Mereka mengkritik amalan tidur pada waktu siang hari kerana dianggap sebagai tidak mendatangkan keuntungan, tidak produktif, malas dan membuang masa sahaja.
Namun, sejak kebelakangan ini mereka mula sedar akan kepentingan tidur seketika pada waktu siang. Para saintis yg giat mengkaji mengenai tidur merumuskan bahawa terdapat sekurang-sekurang 8 manfaat day napping:
1. Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
2. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
3. Meningkatan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
4. Baik untuk jantung dan kesihatan.
5. Meningkatkan fungsi kognitif.
6. Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
7. Menjadikan minda lebih kreatif.
8. Mengelakkan daripada mengantuk ketika belajar atau belajar.
Mesti korang ingat tidur siang hari nie boleh gemukkan? Gemuk-gemuk pun ada manfaatnya tau! Amni dulu pun tak suka tidur siang sbb takut gemuk. hehe. Tp, sekarang tak heran dah gemuk ke tak gemuk. asal boleh hilangkan kepenatan.
Mana taknye, hari-hari balik pukul 3 petang. Mau tak letih. Kalu tengok TV pun. tengok sekejap je lepas tu, TV yg tengok kita balik. HEHE.
so, itu hanya perkongsian untuk korang. Amni dapat tips nie drpd buku Solusi yg Amni baca. Korang rajin-rajin la baca buku tu. Bagus tau! dpt banyak ilmu :)
Be First to Post Comment !
Post a Comment