Tips: 9 Makanan Untuk Rambut Sihat

| On
9:40:00 PM
9 Makanan Untuk Rambut Sihat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

hari nie saya tak tahu nak taip apa. tapi saya nak juga buat entry baru. ye la dah lama tak taip post baru kan? bosan pulak nanti. hari nie saya nak share sedikit tips dgn korang tentang "9 Makanan Untuk Rambut Sihat".
kebetulan skrg saya tgh cari idea untuk Forum Remaja kelas saya. ini semua pasal PBS la nie... hesh \stress aku/

ok. back to the topic.

Merawat dan menjaga rambut agar tidak hanya dgn rajin bersyampu dan ke salun semata-mata. Untuk mendapatkan rambut yg sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yg diambil setiap hari. Ini kerana setiap sel rambut yg tumbuh bergantung pada nutrisi yg dimakan. Sekiranya makanan yg dimakan tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Jadi apa tunggu lagi! Jom kita semakn bagaimana ingin memiliki rambut yg sihat dan cantik dgn pemakanan.

1. Ikan Salmon
Kandungan omega 3, vitamin B-12 dan zat besi yg terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehinggga nampak seperti rosak.

2. Sayur-sayuran berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C, zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yg dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3. Buah segar
Tembikai, pisang, limau, epal, dan buah-buahan yg lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yg baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4. Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin. Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

5. Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yg cantik berkilau, makanlahbanyak kekacang. Badam misalnya asam lemak omega 3 yg boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew (kacang gajus), pecans dan badam merupakan sumber zink yg baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6. Telur
Telur merupakan antara sumber protein yg baik untuk mendapatkan rambut yg sihat. Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan tambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

7. Bijirin
Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yg sangat baik untuk mendapatkan rambut yg sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8. Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yg rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yg baik. Kalsium merupakan mineral yg penting untuk pertumbuhan rambut.

9. Makanan Laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yg baik untuk pertumbuhan rambut.


so, itu sahaja perkongsian tips yg dapat dikongsikan dgn korang. hope ianya berguna utk buatkan rambut korang lebih cantik dan sihat :)

bye-bye. Spread Love 


Be First to Post Comment !
Post a Comment