Image Slider

Showing posts with label bestfriend. Show all posts
Showing posts with label bestfriend. Show all posts
Hello!

lama betul aku take time untuk abadikan cerita part 2 dalam blog ni haha. okay, di entri lepas (part 1) tu aku akhiri dengan cerita pergi sewa kereta. lepas dah dapat kunci kereta dan kereta, kitorang pun terus menuju ke destinasi yg kitorang nak pergi iaitu Pantai Cenang.

tapi, kakak Dalilah ada pesan before sampai pantai tu beli makanan siap-siap sebab makanan kat tempat tu mungkin mahal. so baru je bertolak dalam 2 kilometer, kitorang nampak KFC kat Pekan Kuah tu maka berhenti kejap beli. bila nak sambung perjalanan balik tiba-tiba driver si Dalilah baru perasan yg minyak dah nyawa-nyawa ikan je. kitorang lupa yang kalau kereta sewa memang diorang kosongkan tangki minyak tak pun diorang tinggal sikit je (memang sikit gila la. kalau gerak jauh lagi boleh mampus tengah jalan. heol). gelabah kitorang buka peta Langkawi yg akak kereta sewa tu bagi. si Afifah yg duduk sebelah Dalilah tolong bacakan jalan utk ke stesen minyak terdekat; SHELL. phew mujur dalam 1 km je dari KFC tu.

semasa isi minyak tu, aku yang sorang-sorang duduk kat belakang tetiba teringat yang aku ada aplikasi Waze dalam phone aku. terus bagitahu si driver so takdelah nak kena tengok jalan dekat map tu kang tak pasal sesat tah kemana. selesai isi minyak, turn on Waze taip "Pantai Cenang" kitorang pun sambung lagi perjalanan terus ke pantai. rupanya kalau tak buka Waze pun takpe sbb signboard ke Pantai Cenang memang banyak. ye la kan Langkawi is salah satu tempat pelancongan so mesti ada la penunjuk arah ke suatu tempat pelancongan yg kita nak pergi. jalan yang Waze tunjuk pun sama je kalau ikut signboard. lalu terus aku tutup Waze (jimat bateri aku lol haha)

dalam 30 minit rasanya, entah aku tak ingat sampailah kitorang kat Pantai Cenang tu. since kitorang pergi masa weekday maka tak ramai orang ditambah pula dengan musim panas El Nino lagilah takde sgt orang kita nak berjemur kat pantai tu. kau hanya akan nampak mat salleh bersepah jemur badan je.

lawa kan? yes memang lawa!

kerusi-kerusi tu kalau nak duduk kena bayar sewa RM 20

tengah panas tu kalau masuk dalam air fuhhh best gila sebab sejuk dan takde rasa panas dah. aktiviti kitorang dekat sini is main banana boat je haha sebab itu je murah, RM 15 sorang kalau kau pergi dekat makcik tengah pantai tu. kalau sewa banana boat yang dekat van bawah pokok tu lagi mahal ada yang sampai beratus. actually, semua orang takut nak naik sebab tak pernah naik tp sebab Afifah nak cuba kitorang semua pun beranikan diri. gambar masa naik banana boat takde sbb takde camera yg kalis air. bawak phone kang jatuh kat tengah laut mampus aku. Parasailing pun ada jgk tapi sbb kitorang tak bawak duit banyak and nak kejar masa kitorang decide utk tak payah main.

actually kan masa first round naik Banana Boat, kitorang jumpa this handsome guy with his girlfriend kat tengah laut. handsome gila ada iras-iras Shawn Mendes hahahahahahaha. diorang ada GoPro so they keep on recording and capturing us menjerit-jerit naik banana boat. i wonder gambar aku dlm tu diorang buat apa eh? lol


dalam pukul 3 petang macam tu kitorang pun mandi, tukar baju (disitu ada toilet and bathroom so no worries) dan gerak balik ke Pekan Kuah utk ke Kompleks Haji Ismail Group untuk beli cooooooooooooookelat. tak sah kalau datang Langkawi tak beli chocolate!

sama sahaja masa perjalanan balik semula ke Pekan Kuah, around 30 minutes if im not mistaken. aku takde ambil gambar kompleks baru HIG yang besar dan juga ada hotel diorang kat sebelah tu. lama tak datang Langkawi, pakcik HIG pun dah maju dengan jayanya siap boleh buat kompleks sendiri. yang lama tu still ada dan dibuka kalau nak pergi.


Skittles packaging besar hanya ada di sini! heaven gila weh!

tak rancang pun nak ambil gambar dekat kompleks sbb sibuk pilih chocolate yang nak dibeli. aku beli coklat yg selalu makan je such as Daim, Kisses, Chocolate Almond apa entah yg bulat-bulat dlm balang and Cadbury. Dalilah and Afifah aku tak ingat diorang beli coklat apa. after done bayar kitorang pergi surau di situ untuk solat jamak Zuhur-Asar sebelum gerak ke jeti utk pulang ke rumah. harus diingat tiket pukul 6 petang!

usai solat, rehat dalam surau jap. around 5.30 petang Dalilah ajak balik dah. takut betul dia kalau tertinggal ferry haha padahal kompleks tu dengan HIG dekat je dlm 2km, 10 minit dah sampai. dalam perjalanan ke jeti tu Dalilah sempat lagi letak camera dslr aku ats dashboard kereta untuk record masa dlm kereta. memang kelakar gila bila tengok balik >.<


dan yeah itu dia ferry kitorang. maka tamatlah trip 8 jam kitorang ke Langkawi. takkan ku lupa moment best ni. inshaAllah ada peluang boleh datang lagi. selepas 1 jam perjalanan sampailah kat Jeti Kuala Perlis. mak dan kakak Dalilah datang ambil pastu pergi dinner seafood dekat Kuala Perlis. sedap gila sbb lama tak makan kat Kuala Perlis. itu sahaja cerita pasal Langkawi yg aku nak abadikan dlm blog ni. panjang gila sampai ada 2 part hehe. adiosss!





Hello!

entri ni kira sambungan cerita bawa kawan aku si Afifah jalan-jalan di Perlis tp pada hari Selasa (29 March 2016) Afifah decide nak pergi Langkawi. aku dan Dalilah okay je nak ikut dia pergi Langkawi sebab both of us tak kerja. KB and Ain Afiqah sedih la tak dapat ikut jalan-jalan dengan Afifah kalini disebabkan komitmen mereka terhadap kerjaya sekarang kahkah

so pukul 7.30 pagi ayah aku hantar aku pergi rumah Dalilah then kitorang pun pergi ambil Afifah di rumah KB sebab malam tu Afifah sleep over di rumah KB. pagi tu kakak Dalilah, kak Farah yang drive hantar kitorang ke Jetty Kuala Perlis before dia masuk kerja pukul 9 pagi.

sampai di jetty, kami bertiga pun pergi beli tiket ke Langkawi dulu. kitorang beli tiket trip pukul 9.30 pagi since yang pukul 8.30 pagi dah terlepas. harga tiket pergi ke Langkawi RM 54.00 untuk 3 orang. tiket pergi sahaja ya. tiket balik kena beli di sana. after that kitorang pergi breakfast dulu kat area jetty tu, makan roti canai dan bihun goreng.

actually kan since hari pergi Mood Republik Kedah aku demam tp disebabkan nak jugak jumpa si Afifah aku gagahkan jugak diri ikut pergi sana sini sebab lepas ni taktau lagi bila boleh berjumpa :'))
hehe after makan tu ada lagi dalam 15 minit before naik feri kitorang pun tunggu di ruang menunggu. three of us was like 'WHOAA' kind of expression bila jejak kaki di ruang menuggu tu sbb tempat tu dah 100% berubah. everything was so nice and comfortable. dah ada air-cond semua, memang selesa la even nak tunggu naik feri 15 minit pun.


so this is our ferry. dua tingkat tapi kitorang dapat seat bawah. after dapat arahan untuk masuk ke dalam feri, kitorang pun masuk. cari seat and duduk di tempat kitorang. ferry sepatutnya bergerak pada pukul 9.30 pagi tp dah pukul 9.30 pagi pun still tak bertolak lagi. kitorang pun hairan la kenapa kan? rupanya ada dua orang anakanda puteri Raja Muda Perlis dan kerabat diorang yang lain naik feri sama dengan kitorang jugak. diorang punya seat belakang kitorang haha tak sangka pulak ^_^"

dalam 9.50 pagi macam tu feri bergerak, maka bermula lah our journey to Langkawi~



aku duduk sebelah Afifah. Dalilah punya seat still sebelah kitorang tp seperate ke sebelah kanan, means that aku dengan Afifah punya seat kat tengah la. our journey to Langkawi from Kuala Perlis took only 1 hour tp tu pun kitorang sempat tidur haha sebab tak tahu nak buat apa. mp3 pun lupa bawa, movie dalam ferry tu pun boring.

around 10.50 am kitorang pun sampai la di Jeti Kuah, Langkawi. keluar je ferry terus jalan cepat-cepat ke tempat beli tiket untuk beli tiket balik pulak. kitorang beli tiket balik trip pukul 6 petang hari yang sama jugak thats why tajuk entri ni "a 8 hours trip to Langkawi" haha. harga tiket sama sahaja - RM 54.00 untuk 3 orang.

after that kitorang ke kaunter sewa kereta pula. Dalilah dah boleh drive itu yang kitorang sewa kereta. mudah sikit kitorang nak bergerak. kitorang sewa kereta Mitsubishi Mirage warna merah if im not mistaken. sepatutnya diorang nak bagi Perodua Axia in Pink tu tapi ada yang dah sewa dulu. harga sama, RM 60.00 sahaja untuk kereta sebesar itu. tapi kan harga ni korang boleh dapat masa weekdays macam kitorang pergi je. kalau korang pergi time weekend or school holidays, dengar kata harga sewa kereta lagi mahal even kereta kecil je.

diorang minta lesen and i/c dalilah, buat bayaran then kitorang dapat lah kunci kereta. wuuuuu~


lupa nak ambil gambar kereta. ada gambar selfie dalam kereta je haha. aku sorang duduk di seat belakang kerjanya bercakap je sepanjang perjalanan lol >.<
nak tau kitorang pergi mana after sewa kereta ni? tunggu aku punya next entri, part 2 pulak sebab aku rasa entri ni dah panjang sangat. adiosss!


Hello

that day on Sunday (27th of March 2016), my long-time-no-meet friend yang pindah ke Melaka - si Afifah Ghazali informed yang dia dah sampai Perlis. Dalilah yang pickup dia di stesen bas. aku terkejut sbb aku ingat dia cancel nak datang sini sbb haritu dia inform yang tok dia di Kedah sakit so memang tak sangka dia datang jugak sini untuk jumpa dengan kawan-kawan.

malam tu aku bagitau dia untuk create group Whatsapp antara kengkawan yang rapat dengan dia such as aku, Dalilah, KB and Ain Afiqah untuk discuss aktiviti dan kemana kitorang nak bawa Afifah pergi since dia hanya stay sini until Rabu je. plan punya plan kitorang decide untuk pergi tengok wayang dekat Jitra Mall, Kedah - tengok Batman vs Superman.

Ain Afiqah dia kerja jaga buku di Pesta Buku Perlis. tp disebabkan kitorang perlukan komitmen dia untuk jadi driver hari tersebut dia sanggup ambil half day plan dengan rakan sekerja dia sbb Dalilah even dia boleh drive (psstt boss Ain tak tahu hihi), ayah dia tak bagi drive bawak kitorang pergi jauh dari Perlis lagi. so thank you sangat-sangat Ain kalau tak memang tak kemana la Afifah hari Isnin tu.


nak dijadikan kitorang sampai Jitra lambat sikit dan terlepas first tayangan movie Batman vs Superman tu. tayangan first mula pukul 10.15 pagi tapi kitorang sampai dah 10.30 pagi lebih sebab Ain pergi tempat kerja dia dulu before pickup kitorang 4 untuk ke Jitra. so kitorang pun decide pergi makanlah. cari punya cari kedai nak makan, at last berhenti di Secret Recipe Jitra sbb Ain rasa macam lama tak makan SR. aku pun lama tak makan Secret Recipe ni even kat Perlis pun ada haha

      

makan dan makan sampai kenyang, Dalilah pun tanya nak makan kek tak? aku geleng kepala sebab time tu aku demam so takde selera nak makan kek. cukuplah makan favourite Prawn Cheese Macarroni tu. yang lain angguk nak makan kek maka Dalilah pun bangun pergi order. 5 minit kemudian, waitress pun hantar slice of kek yang Dalilah pilih tadi. dia letak je atas meja kek tu....aku terkejut kot sebab


sebab Dalilah request tulis tu! Ya Allah memang terharu gila tak sangka dia plan macam tu dalam diam hehe. thank you sangat-sangat even dah lama lepas (birthday aku 15 March) tp still buat a small celebration for me. sekarang pulak dah habis sekolah so dah susah nak celebrate mcm selalu, bagi hadiah macam selalu haha. aku harap nanti time birthday Dalilah, Allah izin aku dapat buat surprise celebration macam ni even dah sambung belajar.

Afifah kan lepas dia nampak Dalilah beli kek siap request tulis happy birthday tu dia pun tetiba bangun order kek jugak hahahaha. rupanya dia order and request tulis happy birthday to Ain & KB yang birthday on Jan & Feb yang lalu. thank you jugak to Afifah for did that to us dapat jugak sambut birthday kawan-kawan sama-sama *nangis terharu*. birthday Afifah & Dalilah lambat lagi

 
 

pastu kitorang pun pulang semula sebab Ain dah kena masuk kerja balik pukul 1 tengahari nanti kantoi la dengan boss hehe. thank you so much to Ain Afiqah sebab jadi driver kitorang and to Dalilah, KB and Afifah sebab jadikan hari itu hari yang bermakna buat kita semua walaupun tak dapat tengok wayang haha ^__^

thats all, adiooooss!




aloha! lol
even tho dah 16 tahun 9 hari haha but i still want to share this post.

on 17th March 2014 - Monday, around 3 p.m i guess. i received a big (kinda) photo album on my desk. someone have putted it on my desk. time tu aku masuk class lambat dari makmal kimia even tho dah tahu cikgu takde tp gedik jugak naik lewat. takpelah, biar anak buah naik class dulu biar ketua class ni naik lambat sikit wahaha lol

once i stepped into my classroom. half of my classmates were at my desk while laughing like hell. aku dah la dgn gigit choki choki kat mulut sbb tangans dah penuh dgn bukusss. pastu diorang lagi la tambah gelak tu.

i was like wae? why? why? what happened? and they said "AMNI  HAPPY BELATED BIRTHDAY HAHA. WE FORGOT ABOUT YOUR BIG DAY. TAK TAHU PUN"

i replied "HAHA hmm hmm lol"
and they suddenly said "Ohgoshh both of you are so sweet, so cute" but they dont allow me utk tengok benda alah apa yg diorang tengok tu. i was like "WOI apa ni??!!" =_________=

then my assistant class-monitor show me a photo album that full with memories since im in primary school. and she said "this is actually a gift from your bestfriend. she did a suprised i guess and i donno that you not open it yet. haha"

AWHH terharu. cesh haha

taraa!! 16th's  one and only birthday gift from friend

such a precious birthday gift ever. i love the "guy you love the most" part haha you know me well dude.
last two years she gave me INFINITE - INFINITIZE album. tu pun precious jgk haha. anyway, thank you so much. you always be there for me through thick and thin. thank you thank you :')

that's all. im still terharu hahaha