Blog Yang Tidak Berapa Suka Oleh Readers..

| On
10:21:00 PM
Secara umumnya, benda- benda ni kita dah tahu dah. Tapi takpe lah ek, aku share jugak untuk korang dan tak terkecuali untuk aku jugak. Jujur aku katakan kat sini, mungkin ada yang berpendapat bahawa aku tak layak untuk buat entry ni sebab blog aku belum lagi dikenali ramai tapi aku mengomen ni bukan sebagai blogger k tapi sebagai pembaca!


Korang pun dah semestinya pembaca kan? Takkan lah asyik baca blog sendiri kot... hehe. Kalau korang masuk ke blog yang dah peymes ni, mesti hati rasa jeles kan sebab dah banyak komen and followers. Tapi, korang punya blog tak pulak macam tu even entry- entry yang korang dah buat ni sumenya gempak perepak. So meh tengok point- point kat bawah ni...


1. Lagu yang autoplay
Adussss..... rasanya benda ni memang selalu ada kalau sesetengah bloggers cakap pasal ni, mahu yang dah pro ataupun tak. Benda ni sebenarnya menyusahkan. Ulang suara... MENYUSAHKAN ya kakak- kakak, adik- adik, abang- abang...( MAKCIK AND PAKCIK ADA GAK KE ? ) . 

Ia sebenarnya memakan bandwith yang besar kalau korang hostingkan file bunyi- bunyi segala tu kat file hosting. Lagipun benda ni akan membuatkan blog korang loading lambat. Rasanya siput vavhiiii pun lagi laju kot. Malanglah buat sape sape yang pakai burukband tu, nak berapa jam baru siap untuk tunggu blog korang siap loading. Tu belum lagi entry korang tu.

Dah tu, kalau korang pasang lagu yang gedebak gedebum camtu pun akan membuatkan pembaca automatik CLOSE blog korang. Bayangkan kalau pembaca tu online tengah malam, dah r sunyi tak ada bunyi langsung. Tetiba bila buka blog korang, lagu entah pape. Tak ke naya dibuatnya? Lagi satu, bila pembaca tu sedang pasang lagu kat PC dia, takpun buka blog lain yang ada lagu gak. Semuanya jenis autoplay, haa.. kalau aku, baik aku X je kot.


Sebenarnya tak salah pasang lagu kat blog, tapi kalau boleh janganlah pasang yang jenis autoplay. Pasang yang jenis manual dan letak kat tempat yang senang pembaca nampak. Selain tu, boleh gak letak kat entry untuk menggambarkan cerita kan?  :)



2. Pembuka entry
Pembuka entry ni samalah maksudnya dengan ayat pengenalan entry korang. Korang boleh bagi salam takpun tanya khabar kat pembaca korang. Ni tak, bila pembaca masuk je kat blog korang... angin takde, ribut pun takde tetiba je dah kena herdik. Ayat macam nak cari gaduh je. Kalau korang cakap baik- baik dengan members, tetiba kena sound. Mesti sakit hati kan? So kita sebagai bloggers kenalah pandai berinteraksi dengan pembaca. Kalau diorang dah terpikat, tiap- tiap hari diorang akan view blog korang. Korang jugak yang untung kan?

3. Perenggan
Perkara yang basic ni kita dah belajar sejak sekolah rendah lagi tapi tak ramai yang amalkan. Cikgu kata apa? Dalam karangan mesti ada PERENGGAN! Nape tak nak dengar ni? Hehe... buat blog ni sama lah jugak macam karangan, kena ada perenggan. Kalau tak ada, mata korang akan letih membaca perkataan dan ayat- ayat yang ada dalam blog tu. Lepas tu, mesti kat hati terdetik, bila nak habis baca ni? Atau lebih kejam lagi, buka blog orang lain untuk dibaca.. Wah..wah... camtu pulak..

4. Gambar
Penting untuk menggambarkan cerita korang. Kalau asyik ayat je, silap- silap ada yang putus wayar pulak time baca blog korang. Lagi bagus kalau gambar tu ada kaitan dengan cerita korang. Kalau korang letak gambar Lisa Surihani tetapi cerita korang p makan pisang goreng, memang kena hempuklah korang. 'Apa kaitan gambar dengan cerita dia ni? Mengarut je..' aku rasa itu kot yang diorang fikir,haha.. Besides, gambar ni boleh merehatkan fikiran pembaca yang tengah semak dalam nak memahami cerita korang tu. Aku kalau entry pendek, memang aku tak letak gambar..hehe ( tetibe..)

5. Widget / emoticons / background
Sesetengah bloggers merasakan yang blog diorang akan gempak dengan pelbagai widgets dan emoticons. Tapi bagi aku, ianya menyemakkan pandangan aku. Kenapa aku cakap macam tu? Buat pengetahuan korang, benda- benda alah ni lah yang selalu buat blog korang lambat nak load. Dahlah lambat, bila dah siap loading, entry hampeh. Emoticons je penuh. Senyum sana, nangis sana. Tu belum lagi campur yang kelip sana sini tu. Fulamak, mata dah nak juling aku tengok.
Adalah amat penting untuk kita ringankan blog kita supaya para pembaca sentiasa datang ke blog kita dan selain itu, memastikan jugak blog kita dihiasi dengan benda- benda yang penting sahaj seperti chatbox, social network dan lain- lain. Selain itu jugak, background blog jugak memainkan peranan. Korang kenalah bijak pilih warna yang sesuai dengan post background korang. Jangan pulak background kat belakang tu warna hijau, post background berwarna merah. Haaa.... nampak sangat tak sesuai k.

6. Huruf besar
Ada tak bloggers kat sini suka pakai huruf besar masa nak post entry? Jangan ya.. jangan.. Ikut pengalaman aku di dalam seni ni, huruf besar ni merupakan satu penegasan, tak pun menunjukkan yang dia marah kat seseorang. Elak daripada menggunakan huruf besar k..

PAGI NI AKU PERGILAH KAT RUMAH MEMBER AKU KAN, TENGOK- TENGOK DIA DAH BLAH. APA BOLEH BUAT...


7. Tulisan jangan kecil
Ni lagi satu yang aku tak suka. Dah bagus- bagus aku bersemangat baca tajuk, bila nak baca entry pulak tulisan kecik mengalahkan semut. Aku tak sempat lagi nak beli kanta pembesar ni, camna nak baca? Automatik mestilah akan tutup je kan? Tapi janganlah emo besar tulisan tu nanti sebab ianya akan mencacatkan entry korang. Pakai yang standard lah. Font 12 kan ke bagus?

8. Tulisan modern a.k.a !@#$%^&* ( aku pun tak tahu apa dia )
Akey, sekarang ni kalau korang atau kita perasan lah kan. Perkataan atau ayat yang kita guna sekarang dah makin canggih kan? Singkat sana, singkat sini. Aku tak cakap pasal pakaian ek, jangan melencong! hehe.. Erm, contoh : pendek dah jadi pdk. Pastu nanti dah 6ti.. Siyessssss..... kadang- kadang tu aku tak bape pahamlah ayat- ayat camtu. Kalau pdk tu boleh terimalah, ni 6ti? Amende tu? ' i ' pun saje nak letak jadi ' ! '. Konon nampak semat lah tu tapi sebenarnya akan menyusahkan para pembaca.
 Hanya orang yang gedik je nak buat camtu tau. Kalau buat camtu jugak, jangan hairan kalau pembaca korang hanya sedikit. Selain tu, Pacik google susah nak cakar atau detect blog korang. Sebaiknya korang guna ayat yang penuh.

9. Words verification
Selalu minta pembaca komen blog korang tapi letak benda alah ni pulak. Entry korang dah akey kot, bila je pembaca semangat nak komen tetibe keluar benda tu. Mesti dia dah hilang selera nak komen lagi. Samalah dengan aku jugak, kadang- kadang aku takkan komen lagi blog tu kalau dah jadi benda camtu. Kadang- kadang word verification tu susah nak baca, asyik klik-klik tuk word yang lebih senang dan sekaligus akan membazirkan masa pembaca. Aku tak paham nape korang mesti letak benda ni sume..

10.  follow me back
Hehe..ayat ni mesti annoying kan? Aku selalu nampak ayat ni kat blog aku. Bukan blog aku seorang je tapi blog yang lain pun sama jugak. Biarlah diorang nak ikut ke tak. Terpulang kat diorang. Kita siapa nak paksa?       
Tak baik kot paksa- paksa ni. Bila korang kena buat camtu dengan orang lain, mesti korang tak suka kan? Camtu jugaklah dengan orang lain. Kalau blog korang memang cun melecun, takpe lah. Kalau tak? Sia- sia je diorang follow, ya tak? Aku cakap ikut pengalaman, sebab aku pun tak suka kena paksa. So disebabkan itulah, aku tak buat camtu dan aku just suggest je. Selebihnya, terpulang kat diorang...

Aku rasa itu je kot. Kalau ada lagi, aku akan buat part 2 pulak k. Aku harap point- point ni dapat tolong korang memperbaiki blog korang termasuk aku. Kalau ada penambahan, share lah k.

ehem : nak tanya sikit, apa korang rasa tentang blog aku pulak?
     *klu ada apa2 yg korang x berapa suka dgn blog nie, sila berikan pndpt korang kat ruang komen iya!
Credit to: Kak Syafeika Edora



Be First to Post Comment !
Post a Comment