Image Slider

Hi everyone!

so pada hari Rabu (27/4/2016)  my school finally adakan Majlis Graduasi SPM & STPM, Majlis Anugerah Permata Fasa 1 (untuk yg cemerlang dlm PT3) dan Hari Kokurikulum. Hari Anugerah Permata Fasa 2 untuk yg cemerlang dlm peperiksaan dalaman pulak pada keesokkan harinya. sekolah aku ni mmg setiap tahun around April akan buat la 4 majlis ni serentak. pastu hari  Jumaat esok tu dpt  cuti peristiwa sbb penat handle majlis haha

Majlis Graduasi ni paling ditunggu-tunggu la sbb kau tak boleh cakap yg kau finally graduated high school kalau takde buat majlis graduasi ye dok? kau bukan seorang alumni daripada sekolah tu kalau kau tak graduate lg, ye dok? lol apa aku merepek ni. tp aku rasa betul la apa aku cakap *confident*

ramai kawan-kawan sekolah lain tanya kenapa sekolah aku antara salah sebuah sekolah di Perlis yang baru buat majlis graduasi untuk budak spm? kenapa tak buat lepas habis spm haritu? tak pun kenapa tak buat sebelum spm bermula? persoalan itu selalu bermain difikiran diorang. ye aku tahu mostly sekolah akan buat majlis graduasi before spm start or directly after spm end right? entahla aku pun taktahu actually kenapa sekolah aku always choose to make it on next year after kau spm. mungkin nak bajet mcm UiTM kot haha sbb sekarang kan musin UiTM graduation >.<

kitorang telah diberitahu oleh pihak sekolah yg majlis akan diadakan pada 27/4/2016, Rabu dan raptai pada 26/4/2016 sekali dengan ambil robe/jubah graduasi pada hari tersebut. skrg ni nak jimat penggunaan kertas, cikgu pun just infrom through Whatsapp je pastu tolong sebarkan. siapa yg taktahu tu rugi sangat.




aku pergi majlis graduasi ni tumpang Dalilah. dia yang drive pastu pergi pick up Ain Afiqah pulak then pukul 7.30 pagi dah terpacak kat dataran sekolah sbb pihak sekolah suruh datang awal, majlis start pukul 8.30  pagi. VIP sampai dalam pukul 8 pagi mcm tu terus beratur mcm susunan masa raptai, kompang berbunyi maka kitorang pun berarak masuk ke dalam dewan sekolah. siap ada bunga manggar macam rombongan keluarga pengantin perempuan je (ihiks)


masuk dewan je terus duduk di tempat yg telah disusun mengikut nombor yg diberi semasa raptai. banyak jugak kerusi kosong sbb ada kawan-kawan yang tak dpt hadir. batch aku banyak jugak stay luar Perlis thats why diorang tak dpt datang. yang sengaja tak datang sbb segan dan rendah diri tu memang sangatlah rugi.


saja nak abadikan gambar "outfit of the day" aku pada hari graduasi. aku pakai Senrose dress from butik LeeyanaRahman.Co (instagram) dan Daniah shawl from butik Calaqisya (instagram). aku rasa aku sangat cantik pada hari itu ditambah pula dgn memakai kasut bertutup dan bertumit sedikit yang dipinjam dari ummi tercinta haha

majlis bersurai dalam pukul 11 pagi kot tak silap aku. pastu kitorang pun apa lagi, sesi bergambar bersama kawan-kawan yg lama tak jumpa. tp aku, Dalilah dengan Ain Afiqah ambil gambar sikit je masa dlm dewan tu. kitorang haus gila so pergi beli kupon dan melawat gerai adik-adik berniaga. tak banyak yg menarik diorang jual tahun ni. aku pergi beli air Strawberry dlm zip bag  yg tengah famous skrg ni tu je dekat gerai Kelab Doktor Muda.

actually kan, lepas majlis kena terus hantar robe/jubah graduasi tu tp sbb kitorang nak pergi buat photoshoot, maka robe itu telah dibawa keluar secara senyap-senyap. sumbat dalam bag sambil buat muka donno je haha. Dalilah start kereta je terus ke lokasi photoshoot kitorang - di Tasoh Lake Resort, Timah Tasoh, Perlis.




comel je aku dgn Ain posing mcm tu haha. kitorang takde upah photographer pun. pakai camera DSLR Nikon aku. bergilir-gilir tolong tangkap gambar. dah la taktahu nak posing macam mana so banyak tangkap candid je. dah selesai photoshoot kat tasik ni tetiba Dalilah kata ada tempat lawa untuk photoshoot lagi iaitu dekat depan lorong masuk Tasoh Lake Resort.


so inilah dia tempat buluh bebuluh lol. kebetulan masa sampai kat sini kawan aku Aula and her gang pun ada. diorang pun curi-curi bawa keluar robe graduasi. minta tolong diorang ambil gambar kitorang kalau tak takde la gambar sekali kitorang bertiga. banyak kitorang ambil gambar tp aku nak abadikan sikit je gambar dalam blog ni :)

dah selesai bergambar, muka pun berpeluh gila kitorang pun decide untuk hantar balik robe graduasi kepada pihak sekolah. kitorang pinjam kejap je tau cikgu! hehe. pastu Dalilah pun hantar pulang ke rumah.

sampai di rumah buka Instagram perhh ramai kawan-kawan pakat spam belaka gambar graduation diorang. ramai jugak rupanya yg mempunyai akal fikiran untuk bawa keluar robe graduasi haha. ada siap upah photographer, sakan gila diorang tp puas hati la tengok gambar pun lawa.

sampai sini saja aku rasa entri pasal graduasi high school aku. its a new moment that i will never forget. after this masing-masing dah bawa haluan sendiri. apa-apa pun, semoga berjaya di masa hadapan dan aku nak minta maaf kalau selama ni ada buat salah silap yang mengguris jiwa korang. adiooss!
Hello.

sekarang aku nak abadikan cerita pasal aku dah dapat lesen P kereta pulak. sama je mcm motor, aku daftar kereta sekali dgn motor. dengar ceramah for kereta pun a day after ceramah motor. ujian komputer pun aku pilih yg 70 soalan sbb daftar sekali kereta motor. cuma latihan je aku tak boleh terus buat mcm motor sbb kereta ni kena tunggu cikgu yg ada kekosongan anak murid baru boleh start buat latihan.

dlm seminggu lepas ujian berkomputer tak silap aku, dpt Whatsapp cikgu bernama Hisyamuddin bagitau yg dia cikgu untuk latihan kereta aku. so dia bagi tarikh dan masa sekian sekian untuk aku datang. lega dalam hati sbb seminggu je tunggu terus dpt cikgu. aku dengar yg lain ramai yg kena tunggu lama la jugak.

ingat lagi hari first aku belajar kereta is hari Selasa. on that day tak boleh guna litar sbb ada ujian JPJ sedang berlangsung. so cikgu aku drive pergi satu jalan yg time tu takde org sgt pastu dia turun suruh tukar seat and aku yg drive. that time rasa mcm "omg cikgu like seriously hari first dah drive ats jalan. sepatutnya litar dulu" tp aku tak kata la depan dia haha sbb dah litar tengah guna utk ujian JPJ kan mana boleh nak pergi guna jugak.

pastu second moment paling aku ingat is masa first time belajar dekat litar. elemen pertama dlm litar ialah bukit. first time aku buat tak jadi. kena marah jugak la dgn cikgu sbb kaki tak boleh tahan klac dgn minyak serentak. yg tu jelah cikgu ada marah aku. lepastu takde dah marah sbb drive kereta okay je steady haha. cikgu tu baik gila. dia antara cikgu yg banyak sabar dgn karenah and kurang jd garang dgn student.

tempat mula untuk elemen jalanraya. sana tu elemen litar, nampak bukit and parking disana

so on 7/4/2016 (Khamis), aku test JPJ kereta as calon baru. dapat baju hijau sama jugak mcm motor tp dpt nombor giliran ke-22


time ni nervous sgt sbb asyik fikir boleh ke tak aku lulus. boleh ke tak aku nak dapat lesen P harini. pastu yg buat aku lagi lagi nervous is masa buat latihan aku belajar guna kereta Kancil tp nnti nak test elemen jalanraya guna kereta Viva. test dlm litar buat bukit dan parking guna Kamcil. kepala aku ni asyik fikir sama ke kereta Viva dgn Kancil ni, boleh ke aku bwk Viva steady je mcm byk Kancil haha.


lepas lulus elemen litar, moh la kita menunggu utk test elemen jalanraya. masa ni aku dpt jalan B. tapi aku taktau kenapa aku lupa nak bg signal kanan kat satu traffic light ni masa berhenti lampu merah. failed terus sbb itu kesalahan mandatori. frust la jgk and keep telling myself kenapala aku boleh lupa, aku kena slow down rasa nervous kot. takpelah dah failed tu JPJ minta tukar seat and he drove me back to institut memandu. pergi pejabat and dapat tarikh re-test a week after that (14/4/2016)

masa re-test ni aku lupa nak ambil gambar sbb super nervous kot. mana taknya dapat giliran pertama utk calon ulangan elemen jalanraya. so baju re-test sama je mcm motor tp aku pakai no 1. kali ni aku dapat jalan C. jalan C tempat killer yg slalu JPJ nak potong markah is pusing roundabout. kalau jalan B tempat yg selalu nak kena potong markah is bonggol dlm kwsn perumahan. tak brek elok-elok melompat JPJ tu kau kena la potong markah dgn dia 😏. 

korang nak tau tak aku failed lg kali ni ㅠㅠㅠㅠ sbb tak bagi signal masa berhenti di lampu traffic light jgk. tp kalini ada berlaku pertelingkahan & perselisihan faham jgk sbb traffic light yg aku failed tu cg aku kata mmg semua kena bg signal tp di traffic light tu tak perlu bg signal sbb kalau bg means that kau nak bg isyarat utk org belakang yg kau nak buat U-Turn, situ boleh U-Turn. tp JPJ kata kena bagi signal jgk blablabla. tukar seat, JPJ drive balik utk buat perbincangan. bincang punya bincang dgn cikgu, pegawai JPJ dan penguji mereka bg kata putus tak boleh bg aku lulus jgk tp cikgu aku kena tindakan la sbb ajar anak murid benda yg salah.

frust menonggeng aku sbb kena re-test lagi. terbang lagi RM 63 aku ㅠㅠ. untuk kali kedua aku re-test elemen jalan raya aku dpt tarikh a week after that yakni on (21/4/2016). kali ni aku mmg takde mood gila. diorang taknak bg aku lulus jgk aku nak rebel haha. tp serious la aku mmg takde mood. mujur dpt giliran ke-6. boleh aku relax jap layan mood tak berapa nak baik masa tu,


aku dapat jalan B lagi and accidentaly penguji yg nak test aku tu pun penguji JPJ yg sama aku dpt last week. masuk je kereta Viva tu dia tanya aku nama and haritu failed kat mana. aku pun bagitau la yg aku failed dgn dia last week. terus dia senyap sampai habis aku drive hahaha sampai je kat institut memandu tu dia bg keputusan kat aku, dia bagi aku LULUS weh. alhamdulillah! kesian agaknya lol takpun rasa bersalah kalau tak bg aku lulus.

happy gila sbb finally habis belajar kereta motor ni. kerani pejabat kata keesokan hari boleh pergi JPJ buat lesen. ye mmg esok tu jugak aku pergi. tunggu 10 minit je dah siap lesen aku.


 balik rumah tampal sticker P dah boleh memandu ke mana saja.

 fuhh panjang betul cerita aku. adioooos!
Hi everyone!

in this entri aku nak cerita pasal aku finally lulus JPJ test motor. kenapa aku kata finally? sebab aku failed at first and need to do re-test /ugh../

actually aku daftar untuk ambil lesen motor ni sekali dengan kereta since pertengahan January lagi. pasal kereta nanti aku nak cerita on next entri hehe. ramai cakap kenapa lama sangat latihan motor sampai bulan April baru nak test. ye la kalau nak ikutkan ceramah + computer test + latihan bahagian 2 & 3 16 jam tu around February dah boleh test.

itu kalau datang latihan hari-hari. tapi aku ni ikut mood and tengok parents aku boleh pergi hantar ke tak haha pastu pulak kalau ada cuti sekolah mesti aku akan kelik Klate. so thats why sekarang baru boleh test. also sebenarnya aku memang taknak laju-laju sangat habiskan latihan motor sebab aku nak bagi test motor and kereta skali sbb nanti nak buat lesen P terus boleh buat skali, ha gitu. planning harus ada ye sebab aku since December 2015 sampai Mei 2016 still free. kalau dapat sambung belajar di universiti pun masuk bulan Jun.



so pada hari Jumaat 2 minggu lepas, 8/4/2016 aku merupakan salah seorang calon baru untuk test motor pada hari tersebut. lepas daftarkan diri di pejabat, aku diberikan baju hijau yg mempuanyai nombor giliran seperti gambar di atas untuk dipakai semasa ujian. nombor 29 pada hari tersebut adalah giliran yang terakhir untuk calon baru. even orang yang last skali pun, aku still nervous mcm aku orang first buat ujian.

oh ya, masa aku ambil gambar baju hijau tu aku sedang tunggu dalam satu bilik sebelum taklimat bermula.

still takde keberanian untuk duduk di kerusi hadapan -__-
haha! lps taklimat tu ada sesi pendaftaran. diorang mintak i/c and lesen L. after that kena jalan pergi dekat litar and duduk dekat kerusi situ pulak.


nak dijadikan cerita, pada haritu aku failed sbb terlebih laju pulas minyak masa buat elemen brek kecemasan sampai hampir jatuh masa tekan brek. so yeah gagal di litar pastu terus bwk motor ke elemen jalan raya pulak. aku lulus jalan raya.

actually on that day aku test, 29 orang calon baru tu 2 orang je lulus litar. tp jalan raya semua org lulus la hmm tak pasal kena bayar untuk re-test litar pulak. aku dpt tarikh Jumaat minggu selepas tu (15/4/2016). terbang RM 42 aku /sobs/


so pada hari re-test tu aku dapat baju warna merah. hmm yg re-test kena pakai baju merah. malu pulak aku lol. calon mengulang yg ke-6 pada hari tersebut. masa hari re-test mmg dah fikir nak buat sebaik mungkin nak bg dpt lesen P and tak mau ulang dah.

kebetulan pada hari tersebut Puan JPJ yg bertugas tu baik gila Ya Rabbi. calon yg jatuh semasa meniti ka, brek kecemasan tak jadi ka semua dia suruh ulang sampai boleh lulus. beruntungla calon test JPJ motor haritu. yg Puan JPJ bertugas minggu lepas masa aku kena tu serious and garang. senyum pun tak. apa-apa pun akhirnya aku dah dpt lesen P dan boleh bonceng orang. adiosss!
Hello!

lama betul aku take time untuk abadikan cerita part 2 dalam blog ni haha. okay, di entri lepas (part 1) tu aku akhiri dengan cerita pergi sewa kereta. lepas dah dapat kunci kereta dan kereta, kitorang pun terus menuju ke destinasi yg kitorang nak pergi iaitu Pantai Cenang.

tapi, kakak Dalilah ada pesan before sampai pantai tu beli makanan siap-siap sebab makanan kat tempat tu mungkin mahal. so baru je bertolak dalam 2 kilometer, kitorang nampak KFC kat Pekan Kuah tu maka berhenti kejap beli. bila nak sambung perjalanan balik tiba-tiba driver si Dalilah baru perasan yg minyak dah nyawa-nyawa ikan je. kitorang lupa yang kalau kereta sewa memang diorang kosongkan tangki minyak tak pun diorang tinggal sikit je (memang sikit gila la. kalau gerak jauh lagi boleh mampus tengah jalan. heol). gelabah kitorang buka peta Langkawi yg akak kereta sewa tu bagi. si Afifah yg duduk sebelah Dalilah tolong bacakan jalan utk ke stesen minyak terdekat; SHELL. phew mujur dalam 1 km je dari KFC tu.

semasa isi minyak tu, aku yang sorang-sorang duduk kat belakang tetiba teringat yang aku ada aplikasi Waze dalam phone aku. terus bagitahu si driver so takdelah nak kena tengok jalan dekat map tu kang tak pasal sesat tah kemana. selesai isi minyak, turn on Waze taip "Pantai Cenang" kitorang pun sambung lagi perjalanan terus ke pantai. rupanya kalau tak buka Waze pun takpe sbb signboard ke Pantai Cenang memang banyak. ye la kan Langkawi is salah satu tempat pelancongan so mesti ada la penunjuk arah ke suatu tempat pelancongan yg kita nak pergi. jalan yang Waze tunjuk pun sama je kalau ikut signboard. lalu terus aku tutup Waze (jimat bateri aku lol haha)

dalam 30 minit rasanya, entah aku tak ingat sampailah kitorang kat Pantai Cenang tu. since kitorang pergi masa weekday maka tak ramai orang ditambah pula dengan musim panas El Nino lagilah takde sgt orang kita nak berjemur kat pantai tu. kau hanya akan nampak mat salleh bersepah jemur badan je.

lawa kan? yes memang lawa!

kerusi-kerusi tu kalau nak duduk kena bayar sewa RM 20

tengah panas tu kalau masuk dalam air fuhhh best gila sebab sejuk dan takde rasa panas dah. aktiviti kitorang dekat sini is main banana boat je haha sebab itu je murah, RM 15 sorang kalau kau pergi dekat makcik tengah pantai tu. kalau sewa banana boat yang dekat van bawah pokok tu lagi mahal ada yang sampai beratus. actually, semua orang takut nak naik sebab tak pernah naik tp sebab Afifah nak cuba kitorang semua pun beranikan diri. gambar masa naik banana boat takde sbb takde camera yg kalis air. bawak phone kang jatuh kat tengah laut mampus aku. Parasailing pun ada jgk tapi sbb kitorang tak bawak duit banyak and nak kejar masa kitorang decide utk tak payah main.

actually kan masa first round naik Banana Boat, kitorang jumpa this handsome guy with his girlfriend kat tengah laut. handsome gila ada iras-iras Shawn Mendes hahahahahahaha. diorang ada GoPro so they keep on recording and capturing us menjerit-jerit naik banana boat. i wonder gambar aku dlm tu diorang buat apa eh? lol


dalam pukul 3 petang macam tu kitorang pun mandi, tukar baju (disitu ada toilet and bathroom so no worries) dan gerak balik ke Pekan Kuah utk ke Kompleks Haji Ismail Group untuk beli cooooooooooooookelat. tak sah kalau datang Langkawi tak beli chocolate!

sama sahaja masa perjalanan balik semula ke Pekan Kuah, around 30 minutes if im not mistaken. aku takde ambil gambar kompleks baru HIG yang besar dan juga ada hotel diorang kat sebelah tu. lama tak datang Langkawi, pakcik HIG pun dah maju dengan jayanya siap boleh buat kompleks sendiri. yang lama tu still ada dan dibuka kalau nak pergi.


Skittles packaging besar hanya ada di sini! heaven gila weh!

tak rancang pun nak ambil gambar dekat kompleks sbb sibuk pilih chocolate yang nak dibeli. aku beli coklat yg selalu makan je such as Daim, Kisses, Chocolate Almond apa entah yg bulat-bulat dlm balang and Cadbury. Dalilah and Afifah aku tak ingat diorang beli coklat apa. after done bayar kitorang pergi surau di situ untuk solat jamak Zuhur-Asar sebelum gerak ke jeti utk pulang ke rumah. harus diingat tiket pukul 6 petang!

usai solat, rehat dalam surau jap. around 5.30 petang Dalilah ajak balik dah. takut betul dia kalau tertinggal ferry haha padahal kompleks tu dengan HIG dekat je dlm 2km, 10 minit dah sampai. dalam perjalanan ke jeti tu Dalilah sempat lagi letak camera dslr aku ats dashboard kereta untuk record masa dlm kereta. memang kelakar gila bila tengok balik >.<


dan yeah itu dia ferry kitorang. maka tamatlah trip 8 jam kitorang ke Langkawi. takkan ku lupa moment best ni. inshaAllah ada peluang boleh datang lagi. selepas 1 jam perjalanan sampailah kat Jeti Kuala Perlis. mak dan kakak Dalilah datang ambil pastu pergi dinner seafood dekat Kuala Perlis. sedap gila sbb lama tak makan kat Kuala Perlis. itu sahaja cerita pasal Langkawi yg aku nak abadikan dlm blog ni. panjang gila sampai ada 2 part hehe. adiosss!





Hello!

entri ni kira sambungan cerita bawa kawan aku si Afifah jalan-jalan di Perlis tp pada hari Selasa (29 March 2016) Afifah decide nak pergi Langkawi. aku dan Dalilah okay je nak ikut dia pergi Langkawi sebab both of us tak kerja. KB and Ain Afiqah sedih la tak dapat ikut jalan-jalan dengan Afifah kalini disebabkan komitmen mereka terhadap kerjaya sekarang kahkah

so pukul 7.30 pagi ayah aku hantar aku pergi rumah Dalilah then kitorang pun pergi ambil Afifah di rumah KB sebab malam tu Afifah sleep over di rumah KB. pagi tu kakak Dalilah, kak Farah yang drive hantar kitorang ke Jetty Kuala Perlis before dia masuk kerja pukul 9 pagi.

sampai di jetty, kami bertiga pun pergi beli tiket ke Langkawi dulu. kitorang beli tiket trip pukul 9.30 pagi since yang pukul 8.30 pagi dah terlepas. harga tiket pergi ke Langkawi RM 54.00 untuk 3 orang. tiket pergi sahaja ya. tiket balik kena beli di sana. after that kitorang pergi breakfast dulu kat area jetty tu, makan roti canai dan bihun goreng.

actually kan since hari pergi Mood Republik Kedah aku demam tp disebabkan nak jugak jumpa si Afifah aku gagahkan jugak diri ikut pergi sana sini sebab lepas ni taktau lagi bila boleh berjumpa :'))
hehe after makan tu ada lagi dalam 15 minit before naik feri kitorang pun tunggu di ruang menunggu. three of us was like 'WHOAA' kind of expression bila jejak kaki di ruang menuggu tu sbb tempat tu dah 100% berubah. everything was so nice and comfortable. dah ada air-cond semua, memang selesa la even nak tunggu naik feri 15 minit pun.


so this is our ferry. dua tingkat tapi kitorang dapat seat bawah. after dapat arahan untuk masuk ke dalam feri, kitorang pun masuk. cari seat and duduk di tempat kitorang. ferry sepatutnya bergerak pada pukul 9.30 pagi tp dah pukul 9.30 pagi pun still tak bertolak lagi. kitorang pun hairan la kenapa kan? rupanya ada dua orang anakanda puteri Raja Muda Perlis dan kerabat diorang yang lain naik feri sama dengan kitorang jugak. diorang punya seat belakang kitorang haha tak sangka pulak ^_^"

dalam 9.50 pagi macam tu feri bergerak, maka bermula lah our journey to Langkawi~



aku duduk sebelah Afifah. Dalilah punya seat still sebelah kitorang tp seperate ke sebelah kanan, means that aku dengan Afifah punya seat kat tengah la. our journey to Langkawi from Kuala Perlis took only 1 hour tp tu pun kitorang sempat tidur haha sebab tak tahu nak buat apa. mp3 pun lupa bawa, movie dalam ferry tu pun boring.

around 10.50 am kitorang pun sampai la di Jeti Kuah, Langkawi. keluar je ferry terus jalan cepat-cepat ke tempat beli tiket untuk beli tiket balik pulak. kitorang beli tiket balik trip pukul 6 petang hari yang sama jugak thats why tajuk entri ni "a 8 hours trip to Langkawi" haha. harga tiket sama sahaja - RM 54.00 untuk 3 orang.

after that kitorang ke kaunter sewa kereta pula. Dalilah dah boleh drive itu yang kitorang sewa kereta. mudah sikit kitorang nak bergerak. kitorang sewa kereta Mitsubishi Mirage warna merah if im not mistaken. sepatutnya diorang nak bagi Perodua Axia in Pink tu tapi ada yang dah sewa dulu. harga sama, RM 60.00 sahaja untuk kereta sebesar itu. tapi kan harga ni korang boleh dapat masa weekdays macam kitorang pergi je. kalau korang pergi time weekend or school holidays, dengar kata harga sewa kereta lagi mahal even kereta kecil je.

diorang minta lesen and i/c dalilah, buat bayaran then kitorang dapat lah kunci kereta. wuuuuu~


lupa nak ambil gambar kereta. ada gambar selfie dalam kereta je haha. aku sorang duduk di seat belakang kerjanya bercakap je sepanjang perjalanan lol >.<
nak tau kitorang pergi mana after sewa kereta ni? tunggu aku punya next entri, part 2 pulak sebab aku rasa entri ni dah panjang sangat. adiosss!


Hello

that day on Sunday (27th of March 2016), my long-time-no-meet friend yang pindah ke Melaka - si Afifah Ghazali informed yang dia dah sampai Perlis. Dalilah yang pickup dia di stesen bas. aku terkejut sbb aku ingat dia cancel nak datang sini sbb haritu dia inform yang tok dia di Kedah sakit so memang tak sangka dia datang jugak sini untuk jumpa dengan kawan-kawan.

malam tu aku bagitau dia untuk create group Whatsapp antara kengkawan yang rapat dengan dia such as aku, Dalilah, KB and Ain Afiqah untuk discuss aktiviti dan kemana kitorang nak bawa Afifah pergi since dia hanya stay sini until Rabu je. plan punya plan kitorang decide untuk pergi tengok wayang dekat Jitra Mall, Kedah - tengok Batman vs Superman.

Ain Afiqah dia kerja jaga buku di Pesta Buku Perlis. tp disebabkan kitorang perlukan komitmen dia untuk jadi driver hari tersebut dia sanggup ambil half day plan dengan rakan sekerja dia sbb Dalilah even dia boleh drive (psstt boss Ain tak tahu hihi), ayah dia tak bagi drive bawak kitorang pergi jauh dari Perlis lagi. so thank you sangat-sangat Ain kalau tak memang tak kemana la Afifah hari Isnin tu.


nak dijadikan kitorang sampai Jitra lambat sikit dan terlepas first tayangan movie Batman vs Superman tu. tayangan first mula pukul 10.15 pagi tapi kitorang sampai dah 10.30 pagi lebih sebab Ain pergi tempat kerja dia dulu before pickup kitorang 4 untuk ke Jitra. so kitorang pun decide pergi makanlah. cari punya cari kedai nak makan, at last berhenti di Secret Recipe Jitra sbb Ain rasa macam lama tak makan SR. aku pun lama tak makan Secret Recipe ni even kat Perlis pun ada haha

      

makan dan makan sampai kenyang, Dalilah pun tanya nak makan kek tak? aku geleng kepala sebab time tu aku demam so takde selera nak makan kek. cukuplah makan favourite Prawn Cheese Macarroni tu. yang lain angguk nak makan kek maka Dalilah pun bangun pergi order. 5 minit kemudian, waitress pun hantar slice of kek yang Dalilah pilih tadi. dia letak je atas meja kek tu....aku terkejut kot sebab


sebab Dalilah request tulis tu! Ya Allah memang terharu gila tak sangka dia plan macam tu dalam diam hehe. thank you sangat-sangat even dah lama lepas (birthday aku 15 March) tp still buat a small celebration for me. sekarang pulak dah habis sekolah so dah susah nak celebrate mcm selalu, bagi hadiah macam selalu haha. aku harap nanti time birthday Dalilah, Allah izin aku dapat buat surprise celebration macam ni even dah sambung belajar.

Afifah kan lepas dia nampak Dalilah beli kek siap request tulis happy birthday tu dia pun tetiba bangun order kek jugak hahahaha. rupanya dia order and request tulis happy birthday to Ain & KB yang birthday on Jan & Feb yang lalu. thank you jugak to Afifah for did that to us dapat jugak sambut birthday kawan-kawan sama-sama *nangis terharu*. birthday Afifah & Dalilah lambat lagi

 
 

pastu kitorang pun pulang semula sebab Ain dah kena masuk kerja balik pukul 1 tengahari nanti kantoi la dengan boss hehe. thank you so much to Ain Afiqah sebab jadi driver kitorang and to Dalilah, KB and Afifah sebab jadikan hari itu hari yang bermakna buat kita semua walaupun tak dapat tengok wayang haha ^__^

thats all, adiooooss!


ASSALAMUALAIKUM!

haritu on 26th of March aku berjaya juga sampai di Mood Republik Tour Kedah yang bertempat di TH Hotel & Convention Center, Alor Setar, Kedah. tempat ni dekat dengan airport Sultan Abdul Halim dan around 45 minutes jugaklah nak sampai dari rumah aku di Perlis. kepada sesiapa yang still tahu, Mood Republik adalah sebuah Festival Fesyen Muslimah No.1 di Malaysia. ada banyak la butik famous akan turus join festival ni such as Calaqisya, Radiusite/Dreemika, Rina Salleh Clothing, Jubahsouq, Fatin Suhana, SincerelybyusShawl dan banyak lagi.

ramai kawan-kawan, sedara mara aku termasuk parents aku pelik kenapa aku nak sangat pergi tempat ni. sebab before event ni berlangsung aku ada la share poster Mood Republik di facebook dan twitter dan instagram dengan caption yang menunjukkan betapa excited nya aku nak pergi festival ni hahaa. aku bukannya apa, excited sebab nak join lautan manusia berhimpit dekat festival tu, berebut untuk dapatkan baju yang lawa-lawa dengan harga sale diorang letak. siapa tak nak kan? orang macam aku yang gila shopping online ni, yang sentiasa scroll instagram tengok update dari diorang ni mau tak excited dengan benda sebegini.

aku telah dipelawa oleh sahabat baik aku si Dalilah untuk pergi sekali kesana. kakak dia drive. lagi la excited sbb dapat pergi dengan kawan. aku bukannya taknak pergi dengan parents aku, cuma aku macam dapat agak yang kalau pergi dengan parents,  sampai sana diorang tengok orang ramai confirm taknak masuk. aku jugak yang sedih merana nanti. dah la masa Mood Republik turun Kelantan dah tak dapat join sbb aku sampai Kelantan a day after event tu habis.


tetiba malam sebelum hari sabtu nak pergi MR tu adik aku Amjad sakit dekat sekolah dia di Pahang. terus parents aku pecut pergi sana pukul 2 pagi. tinggallah aku berdua dengan adik aku yang darjah 6. dia kena pergi sekolah tu yang tinggal dengan aku. aku dah cuak dah mcm mana nak pergi. mmg malam tu kepala serabut fikir mcm mana aku nak pergi. takkan nak bawak adik aku sekali, kereta kawan aku tu dah tak muat. mujur masa Subuh adik aku di MRSM call cakap nak balik sbb sekolah takde air. aku lega yang amat sebab kalau dia balik dia boleh stay kat rumah dengan adik aku yg darjah 6 tu hihi aku ni ramai adik, 6 orang >.<

kakak Dalilah kata kita akan bertolak dalam pukul 9 pagi so that bila sampai pintu hall tu dah buka. kitorang choose to go on Sabtu sebab Jumaat hari first day tu memang ramai gila manusia. dengan cuaca panasnya, orang berebut nak dapatkan goodies bag lagi. perhh. kitorang pergi hari Sabtu tak kena beratur pun mungkin sebab 1) goodies bag dah habis. 2) sampai awal sangat orang pun tak bangun lagi lol. tapi masa kitorang kat sana tengok jam pukul 12 tengahari orang tengah ramai. sesak tak boleh masuk. satu kelegaan sebab kitorang datang awal. masa orang nak masuk kitorang dah nak balik

sebelum masuk kena isi dulu benda ni pastu diorang cop Access tu kat tangan


sebelum nak pergi event tu aku dah shortlist nak pergi booth butik mana, nak beli apa so that perbelanjaan terkawal. ha gitu. kawan-kawan yang tak dapat pergi dan buat kiriman dengan aku pun aku dah shortlist. sampai sana terus aku serbu booth tu. takdelah mata nak melilau tengok tapi tak beli pun. apa yang diorang update kat instagram tu la yang diorang jual. price and size measurement pun diorang dah letak. sebab tu aku boleh siap buat list.

pergi MR ni juga sebenarnya aku nak jumpa virtual friends aku yang aku kenal through instagram. kitorang dah kenal setahun kalau tak silap. selalu WeChat and Whatsapp tapi tak bertemu mata lagi. kebetulan diorang ni ada bukak booth butik diorang kat sana. lagi aku excited nak jumpa diorang! malu nak jumpa tu ada jugak tp disebabkan ni je peluang yag ada so sifat malu tu buang jauh-jauh.

gambar ni je yang proper. yang lain semua bergegar Dalilah tangkap. sobs 

korang tengok gambar ni, korang rasa muka diorang macam siapa? haha diorang ni sebenarnya puteri kepasa pelakon & pelawak terkenal Malaysia - Didie Alias. Dalilah pun hairan macam mana aku boleh kenal diorang. actually Dinie (kanan) tu yang mula tegur aku di instagram. dia ada comment dekat gambar yang aku register as Official INSPIRIT. dia tanya macam mana aku join blabla then aku kata la add WeChat aku kalau nak tau lebih lanjut. masa dekat WeChat tu yang aku baru perasan profile picture dia muka macam Didie Alias. aku pun stalk instagram dia, ya memang betul pun. tak sangka kitorang selalu sembang. masa aku decide taknak guna WeChat, aku minta number dia mana tau boleh sambung sembang di Whatsapp pulak ke. dia bagi number dia, aku terkejut gila sbb aku expect dia takkan bagi. Dinie ni tua dari aku. lps tu adik dia Dani (kiri) pulak tegur aku kat instagram. yang ni lagi gila sebab dia sebaya dengan aku. begitulah kisahnya haha

aku sampai kat booth diorang DHANIA no 70 terus masuk pilih shawl. diorang ni jual shawl dengan kakak diorang sorang lagi nama Dhaniyah. aku expect diorang tak perasan la aku ada kat booth diorang. tetiba Dinie ni jerit "ehh amniiiiii". habis semua orang yang lalu depan booth tu pandang kitorang. Dalilah kat sebelah aku pun terkejut haha. lepas dah pilih shawl aku ajak diorang tangkap gambar. ya Allah sempoi gila diorang haha. pastu siap salam peluk lagi bila aku kata dah nak balik. mummy diorang Didie Alias takde dekat booth, tak turun lagi katanya.

memang satu moment yang aku tak boleh lupa. jumpa virtual friends aku face to face buat pertama kali. ada banyak lagi virtual friends aku yang aku teringin nak jumpa. inshaAllah sifat malu tu tak datang dah sebab dah dibuang jauh-jauh lol.


tak banyak pun aku beli hahahahaha. sikit je kan? kan?
betullah sikit. barang aku hanyalah shawl from DHANIA, square scarf from SincerelybyusShawl and blouse shirt from Rayyan Haya. yang lain semua kiriman dari kawan-kawan yang tak dapat pergi.

kitorang keluar dari event tu dalam pukul 12 tengahari. 2 jam pusing-pusing dalam hall tu haha. sementara tunggu kakak Dalilah habis shopping kitorang tunggu dia di surau. tetiba Didie Alias lalu sebelah kitorang. baru turun dari hotel. okay la dapat tengok dia lalu je. aku tak sempat nak tegur. tapi Ameera Zaini pengacara TV lalu aku sempat tegur. korang kenal siapa dia? alaa pengacara Safiyya TV9 tu. dia datang sebab dia bukak booth tudung dia jugak -  Ameera Zaini Hijab Revival.


sekeping lagi gambar ditangkap before pulang hehe. sekian saja story aku pergi Mood Republik. happy sangat sebab finally dapat jugak pergi. duit pun melayang haha. thank you Mood Republik sebab datang utara, dekat sikit aku nak pergi. and thank you to Dalilah jugak sebab merealisasikan impian aku dengan membawa aku kesana. adiooooss! 
안녕 여러분~

so on 3rd of March this year, result SPM diumumkan. aku ingat aku akan mulakan favourite month every year aku dengan perkara yang baik ataupun yang happy je tp sebaliknya berlaku. aku tak dapat result mcm apa yang aku target. dah la kemain semangat pukul 10 pagi lepas talian dibuka terus aku hantar I/C dan nombor angka giliran aku ke 15888. kononnya nak tau result dulu through mesej so that kejap lagi pergi sekolah ambil result tak nervous. tengok-tengok bukan nervous je, air mata pun tunggu masa je nak jatuh. pagi tu kawan aku si Dalilah ajak tumpang dia pergi ambil result sekali kat sekolah sbb parents aku kena pergi bagi result kat sekolah diorang. sesampai je dia kat rumah aku terus dia kabo berita gembira yang dia dapat result elok. aku pun senyum kambing je la huhu

dia expect aku dapat result lagi elok dari dia sbb aku budak sains tulen tp expectation dia salah. hakikatnya dia lagi elok dari aku, jauh lagi elok. aku dapat sikit je. lebih kurang dengan result trial aku. time tu aku tak boleh nak cakap apa. nak bagitau dia result aku pun tak terkeluar dari mulut. mungkin sebab aku terkejut sangat + nak nangis + tengah takut fikir macam mana kalau parents aku tau balik rumah nanti.

dan ya, malam hari result tu aku pun kena marah teruk dengan parents aku. dengar je lah diorang cakap itu ini. aku tak boleh nak kata apa sebab result dah tak boleh nak di ubah lagi. apa yg aku dapat aku redha dan percaya inshaAllah nanti ada la tu rezeki aku kat mana-mana. aku faham, diorang pun terkejut dgn result aku sbb masa UPSR & PMR aku dpt semua A tp SPM, sikit je A tu huhu. cuma aku harap diorang dapat terima result aku walapun bukan straight As. mungkin silap dekat hubungan aku dengan cikgu. ilmu tak berkat tu yang susah nak result yg cemerlang. pengajaran dia korang pahamkanlah sendiri.


keesokkan harinya aku pergi sekolah ada sesi bersama kaunseling. aku dapatlah pencerahan tentang haluan lepas ni. aku juga dah check selangkah UiTM tu. lps isi result kita, keluarlah course mana yg layak and mana yg tidak. keluar je course medik memang totally out. mujur aku mmg tak fikir nak sambung medik. tp masa ni aku nak sambung mechanical engineering, check punya check tak layak jugak. maka hasrat nak belajar engineering pun kena tukar kepada minat aku yg seterusnya iaitu bab designing/multimedia/computer ni.

so takpelah, aku isi UPU aku letak Diploma in Science as my first choice pastu parents aku marah sbb dia kata kalau dah result SPM pun macam tu tak payah la sambung course science ni. aku pun fikir aku rasa betul jugak cakap diorang yg aku mmg tak boleh bawak subject science ni. parents ni dia lebih tahu mana yang baik, mana yang buruk untuk anak mereka so apa salahnya kita ikut cakap diorang kalau taknak derhaka lol haha

aku pun tukar letak course Diploma in Computer Science as first choice then follow dengan course Diploma Komunikasi Media dan Keusahawanan Kandungan, Asasi TESL and Diploma Pengimejan Perubatan. entah kenapa aku pilih Computer Science. lps dah pilih baru aku buat research pasal course tu haha kesilapan sudah berlaku. it should be research dulu baru pilih. mujur start tahun ni UPU boleh tukar hari-hari sampai sebelum tarikh tutup. tak macam sebelum ni yang boleh semak 3 kali je. so aku tinggal jap buat pilihan di UPU, aku sambung buat research dulu pasal apa itu course blablabla, syarat kelayakan, setiap sem belajar apa and skop kerja.

alang-alang buat research pasal course tu aku pun search jugak pasal course lain yang aku berminat untuk belajar such as Diploma in Mass Communication and TESL. lepas dah confirm and sehabis masak fikir maka kelmarin sebelum tarikh tutup harini, aku dah  tukar semula pilihan kat UPU tu.

i chose to study Diploma in Komunikasi Media dan Keusahawanan Kandungan (MC 111) as first choice, then second choice is Diploma in Mass Communication (MC 110). nantilah aku cerita lebih lanjut pasal dua course ni kalau aku dapat hehe. next next choice tu aku taknak cerita lah sbb macam-macam aku pilih haha. course ni lama dah aku dengar and sebelum SPM pun ada lah aku pernah buat research pasal Mass Comm ni. yup, mmg tepat dengan minat aku. tp lagi tepat dengan course Mass Comm yang baru tu iaitu New Media sbb New Media ni more to animation, web content, gaming. Mass Comm yg lama tu more tu journalist, broadcasting and etc. kedua-dua course ni kena interview tau so aku harap dapatlah aku di interview untuk salah satu course ni.

aku taknak overconfident sangat tapi ini je harapan aku untuk buktikan result yg sedikit pun tak semestinya tak boleh masuk universiti. boleh tu boleh tapi kena buat pilihan yg tepat. tak boleh nak ambik yang kita tak layak tu letak as top choice nnti yg itulah menyebabkan kita tak dipilih utk  jadi seorang mahasiswa di universiti. itu sahaja, adiouuuss!
안녕 여러분~

maaf, aku tak sabar dah nak menunggu hari esok untuk next entri ni. aku nak cerita jugak haha.
kali ni pasal activity yang aku buat after SPM, means that sepanjang aku cuti berbulan-bulan after SPM tamat tu - apa yang aku buat. pergi kelas belajar bawa kereta dan tunggang motor adalah salah satu daripadanya.

aku rasa aku tak perlu kot nak abadikan cerita before aku habis sekolah menengah tu dalam blog ni. sebabnya, mmg sadis sangat bila ingat balik that struggle moment nak SPM. ya aku admit that ada moment yang menarik dalam tempoh tu tp entahla, moment lepas SPM lagi best hahahaha

aku daftar untuk belajar driving ni a month after SPM habis. eh jap. SPM habis hujung bulan November, aku daftar around early Januari. tu dikira a month after or two month after? lol aku dah tak tau kira. takpelah, yang pastinya aku agak lambatla daftar tu semua kalau nak compare dgn kawan-kawan yg lain. diorang after habis SPM je terus daftar and start belajar. yang dah lulus JPJ pun dah ada. punyala cepat. aku ni kelik Klate dulu sebab cuti sekolah akhir tahun kan mesti balik. so sebulan dalam Disember tu tak buat apa-apa lg, relax je.

daftar kereta motor total sebenar RM 1,500++ tp disebabkan masa nak daftar tu ayah aku terserempak dgn boss institut memandu yg merupakan kawan lama dia so tolak GST apa semua dia bagi la aku RM 1,300+ je haha. kira bernasib baik la masa daftar tu boss ada kalau tak boss tu selalu takde kat office, keluar outstation je kerani situ bagitau. lepas daftar aku dah hadir kuliah kereta motor selama 2 hari dan terus buat ujian komputer. aku lulus sekali je ujian komputer tu fuhh dalam takut pun mampu meluluskan diri lol

lepas lulus ujian tu aku lepak jap dengan dalilah pastu dia terus pelawa nak bonceng aku pergi hantar result ujian komputer dekat institut memandu tu. kerani tu kata lepas dpt lesen L nanti terus boleh mula latihan motor, latihan kereta kena tunggu dapat cikgu dulu.



gambar ni aku ambil masa first day datang untuk latihan motor. ni litar untuk latihan motor. aku datang dengan taktahu apa. sepatutnya kena tahu atleast bawak motor sbb datang situ kena terus belajar naik titi, pusingan 8, brek kecemasan apa semua dah tapi aku tau start motor je haha so aku diminta untuk tunggu sampai pukul 12 baru cikgu motor ajar secara personal. korang bayanglah aku dah la datang dari pukul 7.30 pagi tunggu duduk saja sampai pukul 12 tengahari, hm nasib badan la taktau naik motor

tapi sekarang Alhamdulillah dah tau dah bawak motor lps hari pertama cikgu tu ajar terus latihan seterusnya tu tau dah bawak motor. Jumaat minggu depan dah nak test JPJ dah after 16 jam latihan dan QTI. kereta pun sama dah nak test jugak maybe next 2 weeks. aku dapat belajar dgn cikgu paling baik kat situ, cikgu Hisyamuddin. dia garang dgn aku sekali je sbb lambat boleh bawak naik bukit hahahaha



ini aku snap mana cg suruh berhenti tepi kejap sbb dia nak singgah kedai bateri kereta. di institut memandu ni masih menggunakan kereta kancil. heol =="

tak sangka seorang Amni dah pandai bawak kenderaan seperti kereta dan motor dalam masa tolak tambah 3 bulan, lol. pasni kalau diberi kepercayaan dari parents aku bolehla nak bawak kawan-kawan ke adik-adik aku ke atau parents aku sendiri ke pergi mana-mana. cewah! doakan aku lulus sekali je test JPJ kereta dan motor nanti pheww gementar yg amat.
ASSALAMUALAIKUM!

aku rasa macam nak jerit kuat-kuat bagi salam sebab lama gila kot aku tinggal blog ni *facepalm* haha. excited pun ye jugak. masa log in balik account aku tak sangka aku private rupanya blog ni ingatkan open to public. pastu view blog memang aku gelak gila sbb pandang je sidebar tengok biography aku yang tak ber-update tu still tertera umur aku 16 tahun haha boleh kira la selama mana aku tinggal blog ni. sekarang dah 18 hehe


aku pergi ke setiap sudut blog ni banyak yg code dah tak boleh guna sbb bila view blog, gambar/gif/icon tak keluar. means that code error or not available anymore. so, aku telah lakukan perubahan terhadap blog aku ni. buang coding yg error tu and edit sikit la blog ni. lama gila tak asah skill edit blog, aku admit that aku banyak dah lupa tp so far aku takde cari mana-mana tutorial untuk rujuk balik. kira terror lagi la kan? hahaha

kalau ada sesiapa perasan header blog aku dah berubah. dulu, aku guna header yg aku suruh Aina Najihah buat siap ada Myungsoo, Jongin and Kyungsoo. aku still sayang header tu sebab lawa tp aku rasa macam budak-budak je letak header yg still ada gambar bias kan plus aku sekarang top list bias aku pun dah bertukar hoho tu yang taknak gunalah header tu. pastu jugak aku rasa blog sekarang pun banyak dah guna konsep simple and minimalist so aku pun create la header baru guna Photoscape je haha. lawa tak header baru aku? >.<

Ikon image
for first entry after long hiatus, kita guna gambar iKON dulu lol

sebenarnya banyak benda yg menyebabkan aku nak blogging semula. banyak benda yg aku nak ceritakan, nak luahkan kat blog aku since sebelum aku habis SPM lagi and today aku berjaya jugak take time to be back on where aku bermula (actually dari malam semalam lg aku dah mula touch up blog). blog la tempat aku bermula sebelum aku terjebak dengan social media yg lain iaitu Instagram and Twitter. Facebook pun even aku jarang online dah sekarang tp still jugak aku terjebak lepas blog. kira lejen la Blogger.com ni. 

aku tengok Fatin Liyana, Maria Elena pun dah start blogging balik. tp bukan sebab diorang la yg aku nak ikut blogging balik, tak. eh ada la jugak tp bukan main reason aku nak kembali berblogging. erm dia ada kena mengena dengan minat aku dan course yg aku dah pilih for UPU tu. nantilah aku cerita kenapa dan mengapa tu di entri lain. 

panjang sangat dah mukadimah aku lepas 2 tahun hiatus ni. seronok weh! dapat blogging semula haha. tak sabar nak cerita macam-macam story yang aku nak taip kat sini. previous post aku bila baca balik sangat kelakar haha. aku rasa kelakar dari sudut the way aku share story tu lol. macam la sekarang dah lain, sama je cuma sekarang aku nak lebih sempoi..kot. tak payah nak speaking dari awal entri sampai habis.

alright itu je dulu untuk entri mukadimah lepas 2 tahun ni haha, after this aku nak story kisah lain pulak. annyeong!