JPJ TEST: MOTORSIKAL

| On
8:59:00 PM
Hi everyone!

in this entri aku nak cerita pasal aku finally lulus JPJ test motor. kenapa aku kata finally? sebab aku failed at first and need to do re-test /ugh../

actually aku daftar untuk ambil lesen motor ni sekali dengan kereta since pertengahan January lagi. pasal kereta nanti aku nak cerita on next entri hehe. ramai cakap kenapa lama sangat latihan motor sampai bulan April baru nak test. ye la kalau nak ikutkan ceramah + computer test + latihan bahagian 2 & 3 16 jam tu around February dah boleh test.

itu kalau datang latihan hari-hari. tapi aku ni ikut mood and tengok parents aku boleh pergi hantar ke tak haha pastu pulak kalau ada cuti sekolah mesti aku akan kelik Klate. so thats why sekarang baru boleh test. also sebenarnya aku memang taknak laju-laju sangat habiskan latihan motor sebab aku nak bagi test motor and kereta skali sbb nanti nak buat lesen P terus boleh buat skali, ha gitu. planning harus ada ye sebab aku since December 2015 sampai Mei 2016 still free. kalau dapat sambung belajar di universiti pun masuk bulan Jun.



so pada hari Jumaat 2 minggu lepas, 8/4/2016 aku merupakan salah seorang calon baru untuk test motor pada hari tersebut. lepas daftarkan diri di pejabat, aku diberikan baju hijau yg mempuanyai nombor giliran seperti gambar di atas untuk dipakai semasa ujian. nombor 29 pada hari tersebut adalah giliran yang terakhir untuk calon baru. even orang yang last skali pun, aku still nervous mcm aku orang first buat ujian.

oh ya, masa aku ambil gambar baju hijau tu aku sedang tunggu dalam satu bilik sebelum taklimat bermula.

still takde keberanian untuk duduk di kerusi hadapan -__-
haha! lps taklimat tu ada sesi pendaftaran. diorang mintak i/c and lesen L. after that kena jalan pergi dekat litar and duduk dekat kerusi situ pulak.


nak dijadikan cerita, pada haritu aku failed sbb terlebih laju pulas minyak masa buat elemen brek kecemasan sampai hampir jatuh masa tekan brek. so yeah gagal di litar pastu terus bwk motor ke elemen jalan raya pulak. aku lulus jalan raya.

actually on that day aku test, 29 orang calon baru tu 2 orang je lulus litar. tp jalan raya semua org lulus la hmm tak pasal kena bayar untuk re-test litar pulak. aku dpt tarikh Jumaat minggu selepas tu (15/4/2016). terbang RM 42 aku /sobs/


so pada hari re-test tu aku dapat baju warna merah. hmm yg re-test kena pakai baju merah. malu pulak aku lol. calon mengulang yg ke-6 pada hari tersebut. masa hari re-test mmg dah fikir nak buat sebaik mungkin nak bg dpt lesen P and tak mau ulang dah.

kebetulan pada hari tersebut Puan JPJ yg bertugas tu baik gila Ya Rabbi. calon yg jatuh semasa meniti ka, brek kecemasan tak jadi ka semua dia suruh ulang sampai boleh lulus. beruntungla calon test JPJ motor haritu. yg Puan JPJ bertugas minggu lepas masa aku kena tu serious and garang. senyum pun tak. apa-apa pun akhirnya aku dah dpt lesen P dan boleh bonceng orang. adiosss!

Related Post:

  • A 8 HOURS TRIP TO LANGKAWI PART 2Hello! lama betul aku take time untuk abadikan cerita part 2 dalam blog ni haha. okay, di entri lepas (part 1) tu aku akhiri dengan cerita pergi sewa kereta. lepas dah dapat kunci… Read More
  • A 8 HOURS TRIP TO LANGKAWI PART 1Hello! entri ni kira sambungan cerita bawa kawan aku si Afifah jalan-jalan di Perlis tp pada hari Selasa (29 March 2016) Afifah decide nak pergi Langkawi. aku dan Dalilah okay je … Read More
  • HECTIC LIFE hi. sudah lama tidak berkongsi cerita disini. been busy since PMR last year and almost forget this blog. huh firstly, nak kongsi my result even tho dah bulan dua but, wh… Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment