SPM RESULT & FUTURE

| On
10:05:00 PM
안녕 여러분~

so on 3rd of March this year, result SPM diumumkan. aku ingat aku akan mulakan favourite month every year aku dengan perkara yang baik ataupun yang happy je tp sebaliknya berlaku. aku tak dapat result mcm apa yang aku target. dah la kemain semangat pukul 10 pagi lepas talian dibuka terus aku hantar I/C dan nombor angka giliran aku ke 15888. kononnya nak tau result dulu through mesej so that kejap lagi pergi sekolah ambil result tak nervous. tengok-tengok bukan nervous je, air mata pun tunggu masa je nak jatuh. pagi tu kawan aku si Dalilah ajak tumpang dia pergi ambil result sekali kat sekolah sbb parents aku kena pergi bagi result kat sekolah diorang. sesampai je dia kat rumah aku terus dia kabo berita gembira yang dia dapat result elok. aku pun senyum kambing je la huhu

dia expect aku dapat result lagi elok dari dia sbb aku budak sains tulen tp expectation dia salah. hakikatnya dia lagi elok dari aku, jauh lagi elok. aku dapat sikit je. lebih kurang dengan result trial aku. time tu aku tak boleh nak cakap apa. nak bagitau dia result aku pun tak terkeluar dari mulut. mungkin sebab aku terkejut sangat + nak nangis + tengah takut fikir macam mana kalau parents aku tau balik rumah nanti.

dan ya, malam hari result tu aku pun kena marah teruk dengan parents aku. dengar je lah diorang cakap itu ini. aku tak boleh nak kata apa sebab result dah tak boleh nak di ubah lagi. apa yg aku dapat aku redha dan percaya inshaAllah nanti ada la tu rezeki aku kat mana-mana. aku faham, diorang pun terkejut dgn result aku sbb masa UPSR & PMR aku dpt semua A tp SPM, sikit je A tu huhu. cuma aku harap diorang dapat terima result aku walapun bukan straight As. mungkin silap dekat hubungan aku dengan cikgu. ilmu tak berkat tu yang susah nak result yg cemerlang. pengajaran dia korang pahamkanlah sendiri.


keesokkan harinya aku pergi sekolah ada sesi bersama kaunseling. aku dapatlah pencerahan tentang haluan lepas ni. aku juga dah check selangkah UiTM tu. lps isi result kita, keluarlah course mana yg layak and mana yg tidak. keluar je course medik memang totally out. mujur aku mmg tak fikir nak sambung medik. tp masa ni aku nak sambung mechanical engineering, check punya check tak layak jugak. maka hasrat nak belajar engineering pun kena tukar kepada minat aku yg seterusnya iaitu bab designing/multimedia/computer ni.

so takpelah, aku isi UPU aku letak Diploma in Science as my first choice pastu parents aku marah sbb dia kata kalau dah result SPM pun macam tu tak payah la sambung course science ni. aku pun fikir aku rasa betul jugak cakap diorang yg aku mmg tak boleh bawak subject science ni. parents ni dia lebih tahu mana yang baik, mana yang buruk untuk anak mereka so apa salahnya kita ikut cakap diorang kalau taknak derhaka lol haha

aku pun tukar letak course Diploma in Computer Science as first choice then follow dengan course Diploma Komunikasi Media dan Keusahawanan Kandungan, Asasi TESL and Diploma Pengimejan Perubatan. entah kenapa aku pilih Computer Science. lps dah pilih baru aku buat research pasal course tu haha kesilapan sudah berlaku. it should be research dulu baru pilih. mujur start tahun ni UPU boleh tukar hari-hari sampai sebelum tarikh tutup. tak macam sebelum ni yang boleh semak 3 kali je. so aku tinggal jap buat pilihan di UPU, aku sambung buat research dulu pasal apa itu course blablabla, syarat kelayakan, setiap sem belajar apa and skop kerja.

alang-alang buat research pasal course tu aku pun search jugak pasal course lain yang aku berminat untuk belajar such as Diploma in Mass Communication and TESL. lepas dah confirm and sehabis masak fikir maka kelmarin sebelum tarikh tutup harini, aku dah  tukar semula pilihan kat UPU tu.

i chose to study Diploma in Komunikasi Media dan Keusahawanan Kandungan (MC 111) as first choice, then second choice is Diploma in Mass Communication (MC 110). nantilah aku cerita lebih lanjut pasal dua course ni kalau aku dapat hehe. next next choice tu aku taknak cerita lah sbb macam-macam aku pilih haha. course ni lama dah aku dengar and sebelum SPM pun ada lah aku pernah buat research pasal Mass Comm ni. yup, mmg tepat dengan minat aku. tp lagi tepat dengan course Mass Comm yang baru tu iaitu New Media sbb New Media ni more to animation, web content, gaming. Mass Comm yg lama tu more tu journalist, broadcasting and etc. kedua-dua course ni kena interview tau so aku harap dapatlah aku di interview untuk salah satu course ni.

aku taknak overconfident sangat tapi ini je harapan aku untuk buktikan result yg sedikit pun tak semestinya tak boleh masuk universiti. boleh tu boleh tapi kena buat pilihan yg tepat. tak boleh nak ambik yang kita tak layak tu letak as top choice nnti yg itulah menyebabkan kita tak dipilih utk  jadi seorang mahasiswa di universiti. itu sahaja, adiouuuss!
Be First to Post Comment !
Post a Comment