GRADUATED HIGH SCHOOL

| On
9:54:00 PM
Hi everyone!

so pada hari Rabu (27/4/2016)  my school finally adakan Majlis Graduasi SPM & STPM, Majlis Anugerah Permata Fasa 1 (untuk yg cemerlang dlm PT3) dan Hari Kokurikulum. Hari Anugerah Permata Fasa 2 untuk yg cemerlang dlm peperiksaan dalaman pulak pada keesokkan harinya. sekolah aku ni mmg setiap tahun around April akan buat la 4 majlis ni serentak. pastu hari  Jumaat esok tu dpt  cuti peristiwa sbb penat handle majlis haha

Majlis Graduasi ni paling ditunggu-tunggu la sbb kau tak boleh cakap yg kau finally graduated high school kalau takde buat majlis graduasi ye dok? kau bukan seorang alumni daripada sekolah tu kalau kau tak graduate lg, ye dok? lol apa aku merepek ni. tp aku rasa betul la apa aku cakap *confident*

ramai kawan-kawan sekolah lain tanya kenapa sekolah aku antara salah sebuah sekolah di Perlis yang baru buat majlis graduasi untuk budak spm? kenapa tak buat lepas habis spm haritu? tak pun kenapa tak buat sebelum spm bermula? persoalan itu selalu bermain difikiran diorang. ye aku tahu mostly sekolah akan buat majlis graduasi before spm start or directly after spm end right? entahla aku pun taktahu actually kenapa sekolah aku always choose to make it on next year after kau spm. mungkin nak bajet mcm UiTM kot haha sbb sekarang kan musin UiTM graduation >.<

kitorang telah diberitahu oleh pihak sekolah yg majlis akan diadakan pada 27/4/2016, Rabu dan raptai pada 26/4/2016 sekali dengan ambil robe/jubah graduasi pada hari tersebut. skrg ni nak jimat penggunaan kertas, cikgu pun just infrom through Whatsapp je pastu tolong sebarkan. siapa yg taktahu tu rugi sangat.




aku pergi majlis graduasi ni tumpang Dalilah. dia yang drive pastu pergi pick up Ain Afiqah pulak then pukul 7.30 pagi dah terpacak kat dataran sekolah sbb pihak sekolah suruh datang awal, majlis start pukul 8.30  pagi. VIP sampai dalam pukul 8 pagi mcm tu terus beratur mcm susunan masa raptai, kompang berbunyi maka kitorang pun berarak masuk ke dalam dewan sekolah. siap ada bunga manggar macam rombongan keluarga pengantin perempuan je (ihiks)


masuk dewan je terus duduk di tempat yg telah disusun mengikut nombor yg diberi semasa raptai. banyak jugak kerusi kosong sbb ada kawan-kawan yang tak dpt hadir. batch aku banyak jugak stay luar Perlis thats why diorang tak dpt datang. yang sengaja tak datang sbb segan dan rendah diri tu memang sangatlah rugi.


saja nak abadikan gambar "outfit of the day" aku pada hari graduasi. aku pakai Senrose dress from butik LeeyanaRahman.Co (instagram) dan Daniah shawl from butik Calaqisya (instagram). aku rasa aku sangat cantik pada hari itu ditambah pula dgn memakai kasut bertutup dan bertumit sedikit yang dipinjam dari ummi tercinta haha

majlis bersurai dalam pukul 11 pagi kot tak silap aku. pastu kitorang pun apa lagi, sesi bergambar bersama kawan-kawan yg lama tak jumpa. tp aku, Dalilah dengan Ain Afiqah ambil gambar sikit je masa dlm dewan tu. kitorang haus gila so pergi beli kupon dan melawat gerai adik-adik berniaga. tak banyak yg menarik diorang jual tahun ni. aku pergi beli air Strawberry dlm zip bag  yg tengah famous skrg ni tu je dekat gerai Kelab Doktor Muda.

actually kan, lepas majlis kena terus hantar robe/jubah graduasi tu tp sbb kitorang nak pergi buat photoshoot, maka robe itu telah dibawa keluar secara senyap-senyap. sumbat dalam bag sambil buat muka donno je haha. Dalilah start kereta je terus ke lokasi photoshoot kitorang - di Tasoh Lake Resort, Timah Tasoh, Perlis.




comel je aku dgn Ain posing mcm tu haha. kitorang takde upah photographer pun. pakai camera DSLR Nikon aku. bergilir-gilir tolong tangkap gambar. dah la taktahu nak posing macam mana so banyak tangkap candid je. dah selesai photoshoot kat tasik ni tetiba Dalilah kata ada tempat lawa untuk photoshoot lagi iaitu dekat depan lorong masuk Tasoh Lake Resort.


so inilah dia tempat buluh bebuluh lol. kebetulan masa sampai kat sini kawan aku Aula and her gang pun ada. diorang pun curi-curi bawa keluar robe graduasi. minta tolong diorang ambil gambar kitorang kalau tak takde la gambar sekali kitorang bertiga. banyak kitorang ambil gambar tp aku nak abadikan sikit je gambar dalam blog ni :)

dah selesai bergambar, muka pun berpeluh gila kitorang pun decide untuk hantar balik robe graduasi kepada pihak sekolah. kitorang pinjam kejap je tau cikgu! hehe. pastu Dalilah pun hantar pulang ke rumah.

sampai di rumah buka Instagram perhh ramai kawan-kawan pakat spam belaka gambar graduation diorang. ramai jugak rupanya yg mempunyai akal fikiran untuk bawa keluar robe graduasi haha. ada siap upah photographer, sakan gila diorang tp puas hati la tengok gambar pun lawa.

sampai sini saja aku rasa entri pasal graduasi high school aku. its a new moment that i will never forget. after this masing-masing dah bawa haluan sendiri. apa-apa pun, semoga berjaya di masa hadapan dan aku nak minta maaf kalau selama ni ada buat salah silap yang mengguris jiwa korang. adiooss!
Be First to Post Comment !
Post a Comment