JPJ TEST: KERETA

| On
10:13:00 PM
Hello.

sekarang aku nak abadikan cerita pasal aku dah dapat lesen P kereta pulak. sama je mcm motor, aku daftar kereta sekali dgn motor. dengar ceramah for kereta pun a day after ceramah motor. ujian komputer pun aku pilih yg 70 soalan sbb daftar sekali kereta motor. cuma latihan je aku tak boleh terus buat mcm motor sbb kereta ni kena tunggu cikgu yg ada kekosongan anak murid baru boleh start buat latihan.

dlm seminggu lepas ujian berkomputer tak silap aku, dpt Whatsapp cikgu bernama Hisyamuddin bagitau yg dia cikgu untuk latihan kereta aku. so dia bagi tarikh dan masa sekian sekian untuk aku datang. lega dalam hati sbb seminggu je tunggu terus dpt cikgu. aku dengar yg lain ramai yg kena tunggu lama la jugak.

ingat lagi hari first aku belajar kereta is hari Selasa. on that day tak boleh guna litar sbb ada ujian JPJ sedang berlangsung. so cikgu aku drive pergi satu jalan yg time tu takde org sgt pastu dia turun suruh tukar seat and aku yg drive. that time rasa mcm "omg cikgu like seriously hari first dah drive ats jalan. sepatutnya litar dulu" tp aku tak kata la depan dia haha sbb dah litar tengah guna utk ujian JPJ kan mana boleh nak pergi guna jugak.

pastu second moment paling aku ingat is masa first time belajar dekat litar. elemen pertama dlm litar ialah bukit. first time aku buat tak jadi. kena marah jugak la dgn cikgu sbb kaki tak boleh tahan klac dgn minyak serentak. yg tu jelah cikgu ada marah aku. lepastu takde dah marah sbb drive kereta okay je steady haha. cikgu tu baik gila. dia antara cikgu yg banyak sabar dgn karenah and kurang jd garang dgn student.

tempat mula untuk elemen jalanraya. sana tu elemen litar, nampak bukit and parking disana

so on 7/4/2016 (Khamis), aku test JPJ kereta as calon baru. dapat baju hijau sama jugak mcm motor tp dpt nombor giliran ke-22


time ni nervous sgt sbb asyik fikir boleh ke tak aku lulus. boleh ke tak aku nak dapat lesen P harini. pastu yg buat aku lagi lagi nervous is masa buat latihan aku belajar guna kereta Kancil tp nnti nak test elemen jalanraya guna kereta Viva. test dlm litar buat bukit dan parking guna Kamcil. kepala aku ni asyik fikir sama ke kereta Viva dgn Kancil ni, boleh ke aku bwk Viva steady je mcm byk Kancil haha.


lepas lulus elemen litar, moh la kita menunggu utk test elemen jalanraya. masa ni aku dpt jalan B. tapi aku taktau kenapa aku lupa nak bg signal kanan kat satu traffic light ni masa berhenti lampu merah. failed terus sbb itu kesalahan mandatori. frust la jgk and keep telling myself kenapala aku boleh lupa, aku kena slow down rasa nervous kot. takpelah dah failed tu JPJ minta tukar seat and he drove me back to institut memandu. pergi pejabat and dapat tarikh re-test a week after that (14/4/2016)

masa re-test ni aku lupa nak ambil gambar sbb super nervous kot. mana taknya dapat giliran pertama utk calon ulangan elemen jalanraya. so baju re-test sama je mcm motor tp aku pakai no 1. kali ni aku dapat jalan C. jalan C tempat killer yg slalu JPJ nak potong markah is pusing roundabout. kalau jalan B tempat yg selalu nak kena potong markah is bonggol dlm kwsn perumahan. tak brek elok-elok melompat JPJ tu kau kena la potong markah dgn dia 😏. 

korang nak tau tak aku failed lg kali ni ㅠㅠㅠㅠ sbb tak bagi signal masa berhenti di lampu traffic light jgk. tp kalini ada berlaku pertelingkahan & perselisihan faham jgk sbb traffic light yg aku failed tu cg aku kata mmg semua kena bg signal tp di traffic light tu tak perlu bg signal sbb kalau bg means that kau nak bg isyarat utk org belakang yg kau nak buat U-Turn, situ boleh U-Turn. tp JPJ kata kena bagi signal jgk blablabla. tukar seat, JPJ drive balik utk buat perbincangan. bincang punya bincang dgn cikgu, pegawai JPJ dan penguji mereka bg kata putus tak boleh bg aku lulus jgk tp cikgu aku kena tindakan la sbb ajar anak murid benda yg salah.

frust menonggeng aku sbb kena re-test lagi. terbang lagi RM 63 aku ㅠㅠ. untuk kali kedua aku re-test elemen jalan raya aku dpt tarikh a week after that yakni on (21/4/2016). kali ni aku mmg takde mood gila. diorang taknak bg aku lulus jgk aku nak rebel haha. tp serious la aku mmg takde mood. mujur dpt giliran ke-6. boleh aku relax jap layan mood tak berapa nak baik masa tu,


aku dapat jalan B lagi and accidentaly penguji yg nak test aku tu pun penguji JPJ yg sama aku dpt last week. masuk je kereta Viva tu dia tanya aku nama and haritu failed kat mana. aku pun bagitau la yg aku failed dgn dia last week. terus dia senyap sampai habis aku drive hahaha sampai je kat institut memandu tu dia bg keputusan kat aku, dia bagi aku LULUS weh. alhamdulillah! kesian agaknya lol takpun rasa bersalah kalau tak bg aku lulus.

happy gila sbb finally habis belajar kereta motor ni. kerani pejabat kata keesokan hari boleh pergi JPJ buat lesen. ye mmg esok tu jugak aku pergi. tunggu 10 minit je dah siap lesen aku.


 balik rumah tampal sticker P dah boleh memandu ke mana saja.

 fuhh panjang betul cerita aku. adioooos!
2 comments on "JPJ TEST: KERETA"
  1. tengah cuti ni sebab dah habis matrik ingatkan nak belajar bawak kereta huhu tapi macam takut je lagi nak belajar bawak kereta aaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sorry if my entry makes you scared nak belajar kereta tp ketahuilah bahawa belajar kereta sgt best dan mudah utk kegunaan masa hadapan lol >.<

      Delete