Berjubahlah :)

| On
9:36:00 PM



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

kali ini saya nak kongsikan sedikit Tips Berpakaian. tips nie saya ambil dari majalah Jelita keluaran Oktober 2012.


Hari ini semakin ramai wanita bertudung mengenakan jubah. Baik untuk pakaian harian manupun ke pejabat. Mengenakan jubah banyak keselesaanya. Malah jubah membuat wanita muslimah bertambah manis dan mengikut hukum syarak berpakaian.

Jubah hari ini datang dalam pelbagai warna dan potongan. Anda mesti pandai menyesuaikan warna, corak dan potongan jubah mengikut keadaan. Di pejabat tidak salah mengenakan jubah moden tetapi elak daripada jebah senteng dan jarang. Elak juga memilih corak daripada pelbagai warna. Ini tidak sesuai dibawa ke pejabat. Manis sekiranya dipilih dari warna pastel dan polos.

Untuk orang muda harus memilih warna lembut atau terang. Jika bercorak pula pilihlah corak menegak yang halus dan tidak terlalu tebal jalurnya. Jauhi corak petak besar atau warna silau terang pada pilihan kain jubah kerana pakaian itu mungkin disalah anggap seperti baju tidur pula.

Pilihan jubah untuk meraikan untuk meraikan kaum ke majlis keramaian bolehlah memilih jubbah berwarna-warna asalkan tidak keterlaluan. Dan penting memilih kain jubah kerana kain terlalu tebal tidak sesuai dengan cuaca kita. Paling elok kain kapas dan sebarang fabrik lembut. 

Kanak-kanak juga suka berjubah mungkin dipengaruhi ibu atau kakak mereka. Untungnya untuk kanak-kanak pilihan warna dan corak tidak terbatas. Apa yang diutamakan ialah biarlah jubah itu membuat mereka selesa. Dan elak jubah anak daripada terlalu meleret ata ketat ini menyukarkan mereka bergerak bebas. Dan penting untuk anda memadankan jubah anda dengan tudung yang sesuai. 

Sekiranya jubah anda bercorak penuh pilihlah tudung polos. Sebaliknya jika jubah polos anda boleh memilih untuk dipadankan dengan tudung beropol atau dari dua atau tiga warna berbeza. Yang penting jangan takut untuk berjubah.



Saya suka pakai jubah sbb nampak tinggi dan cantik. hehe :)

Be First to Post Comment !
Post a Comment