HECTIC LIFE

| On
2:25:00 AM


hi. sudah lama tidak berkongsi cerita disini. been busy since PMR last year and almost forget this blog. huh
firstly, nak kongsi my result even tho dah bulan dua but, whatever. haha. Alhamdulillah, 9 subjek lurus semuanya. seronok ke? yes mmg seronok.

tapi, sekarang seronok tu dah hilang, hilang macam tu je. sekejap pulak tu keseronokkan. tetiba timbul pula kesibukkan. lagi sibuk drpd minggu-minggu pecutan PMR. orang kata, form four ni tahun berbulan madu. ye ke? tak nampak mcm honeymoon pun. busy with schoolworks and homeworks as usual. lagi banyak ada la.

seriously, aku nak balik semula jadi budak lima belas tahun. aku tak nampak pun kemanisan enam belas tahun ni yg diperkatakan itu. walaupun ramai yg cakap kat aku "relax la baru awal tahun". yes. masih awal tahun. tp aku dapat baca yg kesibukan yg mashaAllah penat yg amat ni akan kekal sampai akhir tahun. atau pun sampai hari last aku jadi pelajar sekolah yakni hari last SPM next year. masuk form four hectic-nya berganda-ganda dari time PMR lepas. hazabnya Yang Maha Esa saja yg tahu macam mana.

haihh kalau la boleh putarkan balik masa~ 
tapi tak boleh. mustahil  and tak akan berlaku. hanya dapat berharap bahawa aku tak mudah berputus asa and Allah bagi aku kesihatan utk lalui semua dugaan nak tuntut ilmu kat dunia ni. dah masuk form four ni, aku putuskan utk nak ambil aliran sains tulen. so far so good. Alhamdulillah aku dpt memahami apa yg diajar dan apa yg aku belajar. even ramai dah start brainwash aku "paham tak bio fizik kimia?" "eh susah la, aku nak tukar aliran rasa" siap menangis bagai nak rak pun ada.

c'mon la. itu kau punya hal. jgn cuba nak hasut aku join sekali. niat aku nak belajar, nak capai cita-cita yg aku minat. aku cuba positifkan diri dan betulkan niat bahawa belajar sains ni mudah. walaupun mulut kat luar tu kata sains tulen ni tersangat la susah. ye, susah tu memang ada. tipu la kalau semuanya senang mcm kacang goreng ka. tp tak semua. euw im not that clever student like you taught hahaha

tp teringin jgk nak jd pandai. haha. apa apa pun, aku harap ada yg support aku dari belakang selain dprd ummi, abah and family aku. korang semua yg baca ni, yg kenal aku. terima kasih kerana mendoakan aku smpai berjaya capai target nak 9A PMR and hopefully teruskanlah berdoa supaya aku terus kuat nak belajar kerana kita ni kena cari ilmu sampai mati. selagi hidup, carilah ilmu yg berguna. tazkirah tetibakan haha.

last word; what ever happens, terima saja cabaran dan dugaan itu. bersyukur dgn setiap apa yg kita mampu dan apa yg kita ada. may Allah bless us. may Allah ease everythings, inshaAllah



itu saja,
Spread Love. xoxo 
Be First to Post Comment !
Post a Comment