Awwh! He make my day ;)

| On
9:03:00 PM
Tumblr_mdflfrlem21qmiepro1_500_large

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

hari ni saya nak update pasal salah seorang member BTOB tu. orang yang saya maksud kan tu ialah maknae BTOB, YookSungjae^^

Sorry lah, sebab tak dapat story lagi dgn korang pasal wedding uncle saya. Photographer tu tak bagi lagi gambar wedding tu yang malas nak story lagi.

okeyh. back to the topic. kenapa saya nak cerita pasal Sungjae? SEBAB...SEBAB..Sebab...sebab.. *baca mcm orang nyanyi koir* Sebab! dia reply tweet saya!

ermm..korang mesti cakap "eleh, dia reply tweet je pun -____-" tapi, bagi Amni, ia sangat bermakna sebab dah la payah idol nak balas tweet kita dengan diorang tak paham bahasa kita, ye dok? Lagi pula, Sungjae ni bahasa Inggeris pun dia tak berapa paham. katanya, SUSAH!

dan kebetulan pulak, hari ni Amni bosan yang amat. Pagi pagi lagi ummi, abah, adik-adik tak de kat rumah. tinggal saya ja kat rumah ditemani handphone dan TV. apa lagi, dok berTweeeeet la. sampai 6 kali kena tweet limit -,-


pagi tadi, Sungjae ada la tweet benda ni. Amni tak paham apa dia tulis. pastu, saya hanya re-tweet je la. Tiba-tiba, nampak ada seorang Melody(fans BTOB) ni dia reply tweet tu. dia cakap;

morning oppa^^

dalam hati Amni pun... "hrmm, nie mesti Sungjae cakap Good Morning" Pastu, saya pun gatal tangan pun reply padahal hati saya cakap, dia mesti tak reply pun. Seronok sorang sorang.


Amni pun reply la... Gedik kan? siap "Love You" bagai..HAHA, lantak aku la :D

lepastu saya pun tak tau nak tweet apa lagi stalk la twitter dia, twitter kawan.. pastu tweet lagi dan lagi sampai kena tweet limit. hampir 1 jam lepas saya reply tweet dia la. 

tetiba, Amni rasa macam nak tekan je button "@ Connect" kat twitter tu. Tekan je... perghh! banyak benor org mention saya, follow saya. HAHA, pakai phone kan..dia lambat sikit. Scroll punya scroll sampai terlajak ke tweet mention yang lama..pastu Scroll naik balik tetiba ternampak satu tweet ni.. rasa macam terlepas pandang;


Tweet dari Sungjae!!! huh. memang time tu Amni lompat-lompat sebab happy sangat. Sampai tak perasan adik Amni dok ketuk pintu kat luar, dah balik dari sekolah, ada ujian katanya.

Tapi, time tu Amni still tak paham apa yang dia balas. ye la, Amni tulis kot english, dia reply kot Korea. aku ni bukan paham sangat pun. Lagipun bukak kot phone, payah nak copy and paste kat google translate.

Amni pun tak puas hati dengan apa yang dia balas sbb tak paham. Dah la laptop takde kat rumah, ummi bawa. ada pun laptop abah satu lagi yg screen rosak. Tapi tak pe! demi Sungjae aku gagah jugak bukak laptop yang screen rosak tu. Bukak la twitter dan google translate. Pastu copy tweet dia and paste kat google translate.

Rupanya dia tulis;

Good Morning~~

huh. heaven rasanya. bagaikan suami ucap selamat pagi dekat isteri. eh? HAHA. tu yang Amni happy sangat hari ni sbb orang yang paling Amni suka ucap Good Morning kat saya. rasa macam nak frame kan je tweet dia tu pastu letak kat dinding bilik. awhh!!

awwhh!! *melting*  ~(-___- ~) (~ -___-)~


okey okey. over dah tu Amni Wajihah. hehe. itu saja story hari ni. Ouh yea!


hari ni 22/11/2012 kan? birthday Eunkwang! leader BTOB!


Tumblr_mduk5spqsk1qmiepro1_500_large

Happy birthday Leader Kwang! ^^


dan tak lupa juga birthday rapper INFINITE yang suka gelak kuat. HAHA. Jjang Dongwoo!




Sekian sahaja. Spread Love  



Be First to Post Comment !
Post a Comment