Steamboat time!

| On
11:03:00 PM

Assalamualaikum earthlings!


Alhamdulillah..hari ni saya dapat makan steamboat lagi. Setelah sekian lama saya tak makan. uuuu.. thanks abah. Abah kalau tak da siapa kat rumah. tinggal dua orang atau sorang-sorang je kat rumah, dia suka la pergi jalan-jalan. Kalau kitorang satu family ada kat rumah., tak da maknanya abah nak bawak pergi jalan-jalan. Almaklumla... saya masih ada adik kecil. so, payah la kalau nak pergi jalan-jalan.

Actually, sekarang kat rumah tinggal saya dengan abah je. Umi dan 6 orang adik saya semua ada dekat kampug, Kelantan. Menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah mereka. Diorang baru je bertolak malam semalam. Mesti korang pelik kan kenapa saya tak balik kampung sekali? Sebab pertama, saya malas nak packing baju. hari tu dah balik. baju haritu pun ada lagi dalam beg. banyak pakai t-shirt yang selalu pakai je.
Sebab kedua, tak cukup tiket. Lagipun mahal koooot. Tiket sekarang bukan macam zaman dulu -,-

okay. Back to the topic. Hari ni. seharian duduk rumah sorang-sorang. bosan. tak tahu nak buat apa. Main computer dari 10 pagi hingga 4 petang. Pastu tengok TV jap. tu pun TV yang tengok saya balik. Makan? abah dah siap beli nasi bungkus.

Tepat pukul 6 petang, kelas abah habis. Maka, abah pun pulang dari Pusat Tusyen IKIN balik rumah. 6:30 petang sampai la. Kebetulan time tu tengah tidur. Abah balik je, ketuk-ketuk pintu, saya tak bukak. Pergi belakang rumah ketuk-ketuk pintu + jerit-jerit panggil saya. tapi, saya still tak bukak. Pastu abah pusing depan lagi. Ketuk-ketuk pintu sampai nak reban agaknya. tapi, saya masih tak bukak.  Abah call saya 2 kali. saya tak angkat. terukkan kan?

dalam 20 minit gitu.. baru saya tersedar dari mimpi. Pastu dengan selamba saya bukak pintu sbb saya rasa macam jiran saya panggil. Bukak je pintu, abah rupanya. Dah bukak tu, abah marah memanjang. Dan saya rasa bersalah sangat sebab tidur tak sedar diri. Ini lah akibatnya kalau tidur lewat. Abah ingat saya dah mati kat dalam rumah ni sbb panggil tak berjawab. hmmm..


10 minit je abah marah. Tiba-tiba abah cakap "Dah. pergi siap-siap nak keluar makan. Cepat! abah ada class pulak malam ni" Saya dengan mamainya menjawab "Ya lah." Masuklah saya ke tandas untuk membasahkan diri dan ambil wudhu' sebab tak solat Asar lagi. Lepas dah siap-siap tu. Terus naik kereta.

Waktu abah nak undur kereta keluar dari garaj, abah tanya aku "Nak makan apa? Kita makan steamboat nak?" Aku pun "Steamboat? Boleh jugak! \BIG GRIN/ " time tu rasa nak dance macam Sehun macam dalam gambar kat atas tu. ehheheh :D

Sampai kat kedai. Dah la kitorang pelanggan pertama. Memang best ah bantai semua sosej, daging, dan semua makanan steamboat yg tersedia. Abah cakap kedai ni best. Famous sebab sos dia. Terangkat wok!


sorry gambar gelap sikit sebab saya malu nak on flash. hehe.


tada!! banyak tak kitorang makan? tu baru sikit sebenarnya, ada lagi yang tak direbus dalam bekas tu.

Saya tak tau nama kedai ni apa. Sampai-sampai ja terus redah masuk. haha. Harganya memang berbaloi. RM10.99 sekepala. kira RM 11.00 la tu. 

hmmm.. nak taip apa lagi eh? penat dah jari-jariku menari-nari di atas keyboard ni. itu je kot. dah panjang lebar dah ni... hehe, sorry. semangat nak cerita kat korang *cesh, macam ada orang baca -,-*

apa-apajalah. itu saja. Blog you later. Spread Love 

eh korang? okay tak design blog saya sekarang? ^^


Be First to Post Comment !
Post a Comment