Hidden post.

| On
5:53:00 PM


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah..saya dapat update post lagi buat tatapan sang pembaca. ewah ayat! haha.
Tapi post kali ni saya tak tahu nak letak tajuk apa. Lantak la.

Hari ini kat sekolah ada majlis persaraan. Cikgu Che Lian dan Cikgu Tengku Bahiyah. 2 orang guru KH yang saya sayangi. Cikgu, terima kasih kerana mengajar saya dan semoga cikgu bahagia disamping keluarga tercinta :)

Lepas habis je majlis tu dalam 11:45 pagi, pihak sekolah membenarkan kitoran balik. Tapi, saya tak balik lagi sebab saya cakap dekat abah balik pukul 1. Malas nak call so duduk dekat sekolah je lah. Ala, sekejap je pun. Kebetulan Dalilah dengan Sakinah pun tak mau balik lagi.

Disebabkan tak tau nak buat apa, saya Dalilah dan Sakinah pun main Bingo Lotto yang saya bawa dekat kelas 2 Sumaiyah. main punya main dalam masa 15 minit, tiba tiba Ummi Hajidah cakap "hangpa dah tengok dah ke masuk kelas apa next year?". Saya pun terus gelabah then cakap kat Ummi "ha? ha? tau mana?" pastu dia pun cakap "nuh...kat papan kenyataan dekat bilik PIBG" Pastu saya, Dalilah dengan Sakinah terus menuju ke papan tersebut dan tengok lah dimana kitorang berada next year.

Dan saya masih lagi duduk kelas Siti Fatimah, kelas ke 2. Agak kesal sebab tak naik kelas Sumaiyah next year. Nak buat macam mana....result saya pun banyak nie je;



memang patut la kan stay kelas Siti Fatimah. hmmm...

Dalilah turun kelas. dari 2 Siti Fatimah ke 3 Umi Kalthum, kelas ke 3. Sepanjang kitorang rapat selama 8 tahun ni, ini lah kali pertama kitorang tak satu kelas. Time kitorang sekolah rendah kitorang selalu dok satu kelas. Tapi next year, kitorang dah tak satu kelas. Dia satu kelas dengan Kaybie next year. Happy dengan Kaybie sebab dia naik mendadak gila. Dari kelas ke 5 naik ke kelas ke 3. whoaa!


Amni harap even kitorang lain kelas, persahabatan kitorang tetap terjalin :)



Even saya sedih dengan pencapaian saya, tapi saya happy sebab Dalilah ikut saya balik kampung cuti ni. Dia ikut saya balik Kelantan seminggu je. Kitorang naik bas Sabtu nie, 9 pagi, bas Transnasional. eh? haha :D

Itu saja post saya untuk kali ini. Sorry kalau jalan cerita agak tunggang langgang. Ouh ya! Happy Holiday and Spread Love! ^__^


Be First to Post Comment !
Post a Comment