okay, dalam post sebelum ni saya ada inform kan pasal Dalilah ikut saya balik kampung? ha! sekarang saya nak story sikit la. Sepatutnya nak update kelmarin, tapi pening kepala. Hari ni dah hilang sikit sakit kepala tu..so, saya decide nak update post hari ni..
Actually, Dalilah ikut saya balik kampung selama seminggu dekat Kelantan hari tu sebab nak menghadiri majlis perkahwinan ayah sedara saya iaitu Najib a.k.a Ayah Jig and Kak Nabilah. Lagipun dia dah lama tak jejak tanah Tok Guru Nik Aziz ni.. akhir sekali time darjah 5 dia bagitahu saya...
kitorang balik Kelantan naik bas. adik saya, Izzah pun naik bas jugak.
Ummi, abah and adik adik yang lain naik kereta. bertolak tengah hari tu.
Maka...bermulalah percutian selama seminggu kitorang.. perjalanan dari Perlis ke Kota Bharu mengambil masa selama 8 jam..huh. naik sengal duduk atas bas.
adik saya sebijik macam saya..kalau duduk dalam apa apa kenderaan, mesti tengok luar tingkap :)
Disebabkan saya dah tak larat nak mengunyah potato chips tu, maka Dalilah Azmi telah lahap potato chips saya sampai habis. =__________=
muka penat kitorang duduk dalam bas. muka saya baru bangun tidur -,-
Pastu, sampai la kitorang dekat Stesen Bas Pasir Mas. Turun dekat Pasir Mas senang sikit, dekat dengan rumah Tok Ma dan memudahkan ayah sedara saya, Ayah Pi untuk mengambil kitorang.
Sesampai je dekat rumah Tok Ma, rasa akward sikit sebab first time bawak balik kawan datang rumah Tok Ma. rasa macam nak masuk ke tidak rumah tok Ma tu. at last, masuk jugak la sebab dah nak maghrib. Alhamdulillah, diorang terima dengan hati terbuka kedatangan kawan hamba, si Dalilah tu.
Masuk masuk tu nampak tok ma and anak anak a.k.a ibu dan ayah sedara saya sedang berehat di depan TV selepas baru habis masak untuk catering. ada jugak ayah-ayah sedara saya berehat sebab baru sampai ke Kelantan. yang bestnya tok Ma jamu kitorang dengan sekotak kuih AKOK dan sebesen rambutan. HAHA. tak pernah orang buat macm ni. hanya dekat romah tok Ma je ada :P
30 minit lepas tu Ummi, abah dan adik adik yang lain pun sampai. Pastu, kemas-kemas bilik get ready untuk berehat dan tidor malam tu.....
Keeseokkan harinya, saya, Dalilah, adik saya (Izzah) pergi jalan-jalan keliling Pasir Mas. Abah yang bawak. Pergi makan Nasi berlauk ayam dulu for our breakfast that day. Orang Kelantan tak makan nasi lemak pagi-pagi. Diorang makan nasi kerabu, nasi berlauk dan sebagainya.
Cantik tak pemandangan pagi dari rumah Tok Ma? ;)
Lepas makan, pergi pasar pagi dekat Pasir Mas tu. Pergi beli macam macam makanan. Keropok Lekor la, Etok la, Tapai Goreng la, Kuih muih yang sangat murah dan banyaaaaaaaaaaaak lagi.
Pastu kitorang pun balik rumah Tok Mek sekejap. Tok Mek ni mak ayah saya. Tok Ma tu mak ummi saya.
Sesampai ja, macam biasa sunyi sepi. berbeza dengan rumah tok Ma yang gege (bising) riuh tu. ramai anak-anak tok Mek tak balik sebab tak boleh cuti. ye la, diorang bukan cikgu macam abah, ummi saya. Tu yang payah nak dapat cuti.
Ada la 2 orang adik lelaki ayah saya yang bujang duduk dengan Tok Mek. 3 orang je pun tinggal kat rumah tu. Itu yang saya cakap sunyi sepi. Lepas salam Tok Mek apa semua, kitorang pun buat la kerja sendiri. Tapi, tak tahu nak buat apa. So, kitorang pun bukak la makanan yang kitorang beli kat Pasar Pasir Mas tu.
Kitorang makan ni....
Ini nama dia Etok. Ala, yang saya cakap saya beli kat pasar Pasir Mas tu..
Dalilah cakap dia pernah dengar nama Etok ni time dia baca buku Nik Madihah tu. Now, benda nie dah ada di hadapan dia dan dia telah pun makan Etok tu. yeay! haha. Etok nie sedap tau! siapa tak pandai bukak, tak dapat makanlah isi dalamnya. Cara nak bukak Etok ni bukan macam kerang atau lala tau! dia payah sikit. hehe^^
Lepas makan Etok ni.. kitorang tak tau nak buat apa kat rumah tok Mek tu, maka, anak dara 3 orang ni pun tidur dengan nyenyak nya sampai tengah hari. HAHA. Keletihan naik bas tak habis lagi gamaknya.
Pastu abah ajak balik ke rumah Tok Ma semula sebab abah dah nak balik Perlis semula sebab adik saya, Amjad ada perlawanan bola. So, kitorang pun baliklah semula ke rumah tok Ma.
Sampai sampai je terus Ayah Jig, ayah sedara saya yang nak kahwin tu suruh kitorang isikan door gift untuk tetamu yang akan datang..
So kitorang pun, isilah door gift tu sebanyak 500 packs. huh. patah pinggang ceq oiii!
Kitorang isi satu per satu kotak tu dengan isi dalamnya ialah, keropok jagung, Nips, Sumi dan Gula-gula Gambir.
Orang Kelate panggil benda ni Gambir. Korang mesti panggil gula-gula dua puloh sen kan?
Isi punya isi..sampai la jadi banyak ni.. hebat tak? tengoklah siapa yang isi. kitorang kan PRO :P
Si Muiz pun sibuk menolong saya menyusun door gift yang banyak tu sehingga menjadi manara.
Si Adham pulak sibuk mengacau kerja kitorang pastu dok makan ja makanan yang nak bubuh dalam door gift tu =="
Si Muiz pun sibuk menolong saya menyusun door gift yang banyak tu sehingga menjadi manara.
Si Adham pulak sibuk mengacau kerja kitorang pastu dok makan ja makanan yang nak bubuh dalam door gift tu =="
Keesokkan harinya.. kalu tak silap. Saya, Dalilah, Izzah pergi KB Mall. Ayah Pi yang bawa. Sebelum tu pergi rumah Cik Long dulu ambil cousin saya, Kak Ngah sebab dia nak ikut sekali. Ayah Pi tinggalkan je kitorang kat KB Mall tu bersama wang sebanyak 100 hinggit. weeeee best! ^^
Pusing punya pusing KB Mall tu. Tiba-tiba Kak Ngah lapar. Dia nak makan KFC tapi beratur panjang gilooo. So, kitorang decide makan McD la sbb tak banyak orang.
betapa happy-nya Dalilah dapat makan McD. katanya, Perlis mana ada McD.
Adik saya tu tak habis habis dengan handphone-nya -,-
even Kak Ngah tak dapat makan ayam KFC, dapat makan ayam McD pun jadilah.
Doktor tak bagi saya minum air gas pun saya minum jugak. ish.
habis pusing KB Mall selama 4 jam, kitorang pun balik. Sebelum tu, hantar Kak Ngah balik dulu dekat Wakaf Bharu (rumah Cik Long).
Dalam perjalanan ke rumah Cik Long tu..saya dan Dalilah dok try menerai la Spec hello kitty tak de lens tu yang saya beli time kitorang shopping kat KB Mall.
nak beli color pink, tapi ada color orange je :/
hye^^
Dalilah perasan comel :P
weewit^^
Sampai je rumah cik Long, rehat jap. penat ber-shopping. minum-minum air yang Haziq(cousin) buat. Sedap tau! Tea Lemon. Lemon tanam sendiri dan diperah sendiri. Sebelum balik rumah tok Ma, cik long suruh kutip buah lemon yang dia tanam dekat rumah dia.
Saya tak tahu pulak yang buah lemon ni boleh hidup dekat Malaysia. ingatkan luar negara ja.
Dalilah dekat rumah cik long.
Dah habis kutip sedozen lemon kat rumah cik long, balik lah kitorang ke rumah tok ma semula.. Sampai je kat rumah, terus main Play Station 2. Kitorang main game Need For Speed Most Wanted. Favourite game I tu! heheeee
tengah lawan racing dengan si Haziq, anak sulung cik long, cousin saya.
racing dengan Dalilah. I menang tau! :D
Hari ke-3,4,5 dan 6 berlangsunglah hari perkahwinan ayah sedara saya dengan pasangannya kak Nabilah :)
Nanti saya cerita dalam post seterusnya..In Shaa ALLAH.
Hari ke-7, hari last percutian kitorang. Sebelum bertolak balik ke Perlis malam Jumaat tu, kitorang pergi ke KB Mall semula dengan pengantin baru pagi Jumaat! ayah Jig dengan Kak Nabilah. Hajatnya nak pergi main bowling, tapi penuh. Disebabkan tak tau nak buat apa sebab tak boleh main bowling, kitorang pun teman kak Nabilah shopping sebab kitorang mana la nak ada duit. nak shopping apa ye dok?
Lepas kak Nabilah habis shopping, kitorang pergi makan Snogurt! yeay!
sedap! tapi, Tutti Frutti sedap lagi :3
yummy^^
itu sahaja cerita kitorang semasa cuti seminggu. bye, Spread Love and Happy Holidays!
*maaf, kalau ada gambar tak jelas sebab saya ambil pakai phone dan saya medium-kan sizenya takut loading lambat.
Be First to Post Comment !
Post a Comment