Image Slider

ASSALAMUALAIKUM!

aku rasa macam nak jerit kuat-kuat bagi salam sebab lama gila kot aku tinggal blog ni *facepalm* haha. excited pun ye jugak. masa log in balik account aku tak sangka aku private rupanya blog ni ingatkan open to public. pastu view blog memang aku gelak gila sbb pandang je sidebar tengok biography aku yang tak ber-update tu still tertera umur aku 16 tahun haha boleh kira la selama mana aku tinggal blog ni. sekarang dah 18 hehe


aku pergi ke setiap sudut blog ni banyak yg code dah tak boleh guna sbb bila view blog, gambar/gif/icon tak keluar. means that code error or not available anymore. so, aku telah lakukan perubahan terhadap blog aku ni. buang coding yg error tu and edit sikit la blog ni. lama gila tak asah skill edit blog, aku admit that aku banyak dah lupa tp so far aku takde cari mana-mana tutorial untuk rujuk balik. kira terror lagi la kan? hahaha

kalau ada sesiapa perasan header blog aku dah berubah. dulu, aku guna header yg aku suruh Aina Najihah buat siap ada Myungsoo, Jongin and Kyungsoo. aku still sayang header tu sebab lawa tp aku rasa macam budak-budak je letak header yg still ada gambar bias kan plus aku sekarang top list bias aku pun dah bertukar hoho tu yang taknak gunalah header tu. pastu jugak aku rasa blog sekarang pun banyak dah guna konsep simple and minimalist so aku pun create la header baru guna Photoscape je haha. lawa tak header baru aku? >.<

Ikon image
for first entry after long hiatus, kita guna gambar iKON dulu lol

sebenarnya banyak benda yg menyebabkan aku nak blogging semula. banyak benda yg aku nak ceritakan, nak luahkan kat blog aku since sebelum aku habis SPM lagi and today aku berjaya jugak take time to be back on where aku bermula (actually dari malam semalam lg aku dah mula touch up blog). blog la tempat aku bermula sebelum aku terjebak dengan social media yg lain iaitu Instagram and Twitter. Facebook pun even aku jarang online dah sekarang tp still jugak aku terjebak lepas blog. kira lejen la Blogger.com ni. 

aku tengok Fatin Liyana, Maria Elena pun dah start blogging balik. tp bukan sebab diorang la yg aku nak ikut blogging balik, tak. eh ada la jugak tp bukan main reason aku nak kembali berblogging. erm dia ada kena mengena dengan minat aku dan course yg aku dah pilih for UPU tu. nantilah aku cerita kenapa dan mengapa tu di entri lain. 

panjang sangat dah mukadimah aku lepas 2 tahun hiatus ni. seronok weh! dapat blogging semula haha. tak sabar nak cerita macam-macam story yang aku nak taip kat sini. previous post aku bila baca balik sangat kelakar haha. aku rasa kelakar dari sudut the way aku share story tu lol. macam la sekarang dah lain, sama je cuma sekarang aku nak lebih sempoi..kot. tak payah nak speaking dari awal entri sampai habis.

alright itu je dulu untuk entri mukadimah lepas 2 tahun ni haha, after this aku nak story kisah lain pulak. annyeong!




Assalamualaikum and hello there!

wuuuuuuwuu such a long time tak update blog ni. kenapala takde rasa rindu nak update haha
maybe sbb #GengBBB dah tak active mcm dulu so aku pun takde rasa nak update blog like we do before this. 

harini update pun sbb i found a girl on Instagram and she put her link blog on her bio so bila tgk blog dia and current post pun baru je lagi..terus rasa perhh rajin siot dia update blog, aku dah lama tinggal blog ni. kan blog kan? LOL ㅋㅋㅋ

mujur skrg ada iPad mudah sikit nak update blog, tak perlu nak on laptop bagai. thanks abah bagi pinjam skjp your tab ni. tp aku rasa dah lebih 2 jam aku pinjam dari tadi hahahha skrg 😆😆


aku selalu update apa-apa on my personal Instagram. aku dah rasa situ dah mcm blog kedua aku. so korang (ceh macam blog ni ada reader) haha kalau nak tgk apa aku update boleh la singgah Instagram aku. mcm yg aku kata on my previous post nak update pasal pergi Melaka la, album Overdose & Season 2 la semua aku dah update kat sana hihi. sorry la blog, iolls mungkiri janji kata nak update kat sini tp hampehh 


that all for now. kalau rajin, nnti aku update lg hokayyy 



well hello there!
my school mid-year exam is finally over. 21 papers down pheww. tup tup post pasal exam lagi kan? haha
harini 1 paper je, Quran Sunnah. boleh tahan susah la jgk sbb tak study semalam hmm *jgn ikut tabiat ini*

mau tak study, tusyen fizik dgn abah dari 8:30-10:30 pm mmg lepas tusyen terus dilamun mimpi la
bangun pagi terasa menyesal tak baca apa pun. nak menagis pun ada haihh
entah betul ke tidak jawapan-jawapan yg telah aku beri kpd 21 papers itu. ceh tawakkal je la kan?

esok Jumaat. aku pun tak tahu la esok last sekolah ke, Isnin next week last sekolah for semesta 1 ni. yang pastinya Selasa tu memang confirm start cuti sbb Israk Mikraj. mohon sangat pengetua bagi cuti Isnin next week. Sukma Perlis kan dah nak start..hahaha bagi je la sekolah sekolah kat Perlis ni cuti

actually cuti ni aku dgn kengkawan aku plan nak gi rumah Pipah kat Melaka. first time siot nak gi Melaka ni. aku rasa macam tak pernah jejak Melaka tp mana tau  time kekecik muda comel dulu pernah jejak Melaka tp parents aku tak dicerita ke...lol  -___-

aku sangatla mengharap parents aku bagi keizinan utk anakanda dia ni nak pergi holiday kat rumah kengkawan jejauh lagi sekali. lagipun Pipah ni mmg asal Melaka, dan ada rumah sendiri dan kampung kat sana. jadi aku parents aku tak perlu la nak risau sangat kan?

kalau jadi prgi Melaka la kan...nanti Pipah bwk kitorang gi jalan-jalan...uuuu bestnyaaaa tak zzzaabarr hmm
lagi best kalau dpt jumpa Aizat #MB4 dgn Shyyra kahkah //lempang kang//
i pray hard and i hope my parents will allow me with no kerisauan. dah 2-3 hari berdebar debar je jantung pikir bab holiday di ishh

satu lagi benda yang paling aku happy is....my Overdose album and EXO First Box dah sampai! yeheettt. now tengah tunggu INFINITE - Season 2 album hikshiks -,-