Having Braces and Toothache

| On
11:38:00 PM
Tumblr_mapxaeuxev1rx8w5ro1_500_large

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

wassup! korang sihat? Kelmarin saya pakai pendakap gigi atau lebih famous dgn panggilan braces. Tepat pukul 10:20 pagi ayah saya datang ambil saya dekat skolah. Sebenarnya appointment tu pukul 11 tapi saya suruh ayah saya ambil saya awal 40 minit sbb waktu tu waktu rehat. hehe. Semangat agaknya nak pakai braces.

Sekolah saya tu dekat dgn hospital. tak sampai 2 minit. Sebelum smpai hospital tu ayah saya suruh saya makan dulu sbb takut lapar nanti. Kata pakar operasi pemakaian braces nie mengambil masa hampir 1 jam. Tapi, saya tak nak makan sbb malas nak gosok gigi balik. hehe.

Sampai sampai je dekat Hospital Tunku Fauziah tu mmg dok aim dah mesti parking kat dalam mesti tak dak punya sbb appointment sblm nie slalu kena parking luar hospital. Maka, ayah saya pun turunkan saya berdekatan tangga untuk naik ke klinik ortodontik tu. Dan saya pun naik sndiri ke klinik tu dan letak kad appointment dekat kaunter.

Sementara menunggu ayah saya cari parking, saya pun duduk di kerusi yg disediakan dan tgk TV. kebetulan ada crita Tiramisu dekat TV3. saya layan je lah. dah lama tak tgk drama. asyik dok layan Nada Cinta tu ja. haha. 15 minit kemudian ada seorang nurse panggil saya untuk masuk ke bilik. time tu saya tak gementar lagi sbb saya tahu, kalu masuk bilik nurse tu mesti kena cuci gigi dulu. Dan tekaan saya mmg betul.

Lepas 3 minit cuci gigi semua, nurse tu sruh saya tunggu di luar semula sampai pakar panggil saya. 1 jam 15 minit jgk saya tunggu pakar tu panggil saya. Saya hairan la apsal lama sgt saya kena tunggu padahal sayalah satu satunya patient yg pakai braces hari tu. Tak apalah, ada sorang nurse tu pun suruh saya duduk dulu dan dia dah pakaikan saya alas tisu dan spek hitam siap suruh saya pilih lagi nak pakai elastic band colour apa. Saya pilih pink terang sbb colour lain tak cukup untuk gigi saya.

10 minit saya tunggu tak buat lagi. Saya hairan lagi. Rupa rupanya kerusi patient yang saya duduk tu  tak berfungsi. Rosak macam mana entah.  Maka, saya pun ditukarkan ke bilik satu lagi. Tanggal balik spek dan alas tisu tu dan pakai semula dekat bilik satu lagi. 10 minit kemudian tak buat lagi. Saya nih dah terketar ketar sbb kesejukkan yg amat. Tiba-tiba seorang nurse nie dia perasan yg saya kesejukkan, dia pun selimutkan saya. huh. kurang la sikit rasa sejuk tu. 15 minit kemudian, baru la pakar start buat lepas kerja dia yg lain tu dah selesai.

Mula-mula dia lekat gam untuk bonded bracket dekat gigi saya. Proses nie agak merana sikit sbb tak telan air liur jadi tekak saya rasa kosong dan memerlukan air liur. Dah la air liur disedut sepanjang proses tu sbb tak nak air liur kita terkena gam dan bracket dekat gigi. Dah siap letak smua bonded bracket, dia letak archwire pulak, and then baru pakar letak elastic band colour pink yg saya pilih tu. Hampir 1 jam jugak saya duduk dalam bilik tu. Sebelum keluar dari bilik pakar tu, nurse ingatkan saya jgn mkn benda keras, liat dan sebangainya. pastu dia bagi saya berus dental untuk gosok bahagian yg kena lindung dengan besi tapi saya kena beli sendiri pemegang berus tu di Guardian atau Watsons. Pastu nurse tu jugak ada bagi lilin lembut yang khas untuk dental punya. Lilin tu fungsi dia untuk halang bibir kita drpd dapat ulcer atau melecet. ye la, bibir kita kan ada besi dan kemungkinan sesetengah kawasan bibir kita akan bergesel dgn besi.

Keluar ja dari klinik tu, terus menuju balik ke sekolah sbb tak rasa sakit lagi. Kawan kawan saya siap tanya kenapa saya tak terus balik je. Sbb tak sakit la saya tak balik lagipun mmg ayah saya tak bagi balik.
Sampai-sampai je kat sekolah, kawan- kawan smua mcm "Amni, hang pi mana?" saya sebenarnya malas nak jwb sbb saya malu nak bukak mulut saya. tp, mereka sudah perasan sbb saya jawab pertanyaan ustazah ketika itu. haha. 5 minit lepas tu P&P pun habis.

Dah la hari tu kena balik pukul 4:30 petang. saya pulak kelaparan. Kawan-kawan smua keluar prgi Warung Jemaah sebelah skolah saya untuk makan tengah hari. Mereka smua order mknn masing masing dan saya order Kueytiaw Sup dan Air kosong. Time order tu tak rasa sakit lagi. Bila air tu dah sampai dan saya pun minum terasa sakit sikit. maybe sbb ubat bius tu dah hilang kot. Dan bila koeytiaw sup saya dah saya dah smpai dan saya nak makannya. ouh no! terasa denyut-denyut sikit. Peritnya...Allah saja yg tahu. Rasa mcm gigi nak luruh. nak gigit koeytiaw tu pun rasa tak selesa sbb bila gigi bersentuhan rasa sakit. Dah la pedas. Merana kejap sebab besi tu dah mula tarik gigi dan akar dia untuk bergerak. Saya rasa akar tu culture shock sbb tiba-tiba je kena tarik gigi. sblm pkai akar tu tolak gigi saya kedepan lagi ada la.

Sakit-sakit pun saya dapat makan Koeytiaw Sup tu dengan nikmatnya! Walaupun saya terpaksa menelan koeytiaw tu tanpa menggigitnya. HAHA. Tapi saya tak dapat habiskannya sbb masa break dah pun habis.

Kat sekolah ramai jgk tanya sakit tak? Berapa bayaran? Mahal tak? Ada kawan ckp sedara dia buat smpai beribu la. Itu dia buat kat swasta kot. Mcm saya nie saya buat dekat kerajaan. Ayah dengan mak saya kerja kerajaan jgk + ada GL maka saya tidak dikenakan apa-apa bayaran. Percuma. Tapi kalau takde GL bagi yg buat kerajaan maybe kena bayar. Rasanya sama mcm bayaran di hospital swasta cuma murah sikit kot. Kota la, saya pun tak tahu sangat. Lagipun, harga nie bergantung kepada gigi korang jgk. Kalau kena cabut gigi lagi mahal. Saya tak kena cabut sbb gigi saya tak crowded.

Tapi, saya syorkan kepada yg nak pakai tu, pikir masak-masak dulu. Sbb sakit yg amat bila pakai. Bg yg nak pakai, better korang prgi klinik gigi biasa dulu untuk pemeriksaan sama ada korang KENA buat atau tak. Bagi yg giginya dah cantik molek tu, JANGAN pakai la sbb ia bertentangan dgn hukum agama. Harus bagi yg bersebab mcm saya ataupun yg memudaratkan. Pastu niat korang kena betul, kalau nak pakai sbb nak cantik. HARAM hukumnya.

Sedikit informasi dari Inche Google;

Braces dan pendakap bukan hiasan atau nak tunjukkan betapa mewahnya korang atau niat lain dari yang lain. Pemakaian pendakap gigi bergantung kepada niat si pemakai. Ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram. Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik.

Imam an-Nawawi Rahimahullah meneyebutkan sebab atau 'illah:Diharamkan kerana adanya unsur di atas, khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan, atau terdapat cacat pada gigi atau seumpamanya, tidaklah mengapa.
Syarah Sahih Muslim : 7/361 & Imam Muda Asyraf 


nie masa tengah sakit gigi gilaaaa. tu tuan dia pun hampir gila.

itu sahaja sedikit perkongsian dan pengalaman dari Amni. esoka latihan Lalu Lintas SHELL pulak. hadoii.
good night and Spread Love 

Be First to Post Comment !
Post a Comment