Ceramah Perdana bersama Ustaz Don Daniyal

| On
1:00:00 PM

Assalamualaikum earthlings!

ha! seperti yang korang nampak gambar kat atas tu... pada 2 Disember 2012 yang lalu, aku ada pi dengar ceramah perdana yang disampaikan oleh penceramah bebas yang sangat terkenal sekarang iaitu Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid. Ceramah ni diadakan di Perumahan Kastam.

Aku sebenanrnya tak tahu pun kata Ustaz Don ni nak mai Perlis dan aku tak tahu pun dia ada buat ceramah. Aku tau dan aku pi ni pun sebab si Dalilah ni ajak aku. Katanya, dia kata tak kawan nanti kat sana. Aku pun bagi "green light" la nak pi. Ustaz Don bagi ceramah kan.... siapa tak mau pi, ye dok? dah la LIVE pulak tu.

Mula-mula aku ingat ka ceramah ni untuk orang-orang kastam ja sebab dia kan buat kat perumahan kastam. Perumahan tu kalau tak silap kalau bukan family kastam tak leh masuk. Kebetulan mak Dalilah tu kerja kastam, tu yang aku rebut peluang ikut dia. Tengok-tengok esok pagi tu aku nampak banner ceramah ni dekat dengan pejabat kastam Kangar. Rupanya semua muslimin muslimat dijemput hadir. tak palah. Malam tu aku pergi dengan Dalilah, Mak Dalilah dan adik dia Adam.

 

Tajuk ceramah malam tu kalau tak silap "Hijrah Nabi Muhammad s.a.w" perrhh. memang tajuk yang sangat best dan aku pun suka. Dalilah catat sikit ja tu pun sbb nak ambil gambar. Aku lagi la, tak catat pun sebab seronok sangat dengar ceramah dari beliau. Dah la lawak. hahaha.




kat atas ni gambar yang saya dan Dalilah snap waktu ceramah. gambar kat belakang-belakang tu gambar selca kitorang after habis ceramah. hehe ^^

tak tahu nak cerita apa lagi dekat korang. Nak share ceramah tu pun tak baca, lagipun apa yang disampaikan oleh Ustaz Don tu banyak dalam buku Teks tingkatan 2 tajuk tokoh dan Muhajirin dan Ansar. haha :D

itu sahaja. Spread Love


Be First to Post Comment !
Post a Comment